Okay, ini bukan nya review pasal lagu Avril Lavigne - What the hell tu. Oh tidak. Tapi Avril Lavigne tu cantik kan? kan? Aaaahhh, apa dah aku buat ni? Maafkan ku Lisa, kau tetap di lubuk hati ku walau se-pink mana pun rambut Avril. dan walaupun kau berskandal dengan Yusri KRU.

Dalam ramai2 mengapa engkau memilih Yusry? Ohh
*Smack* Berbalik kepada dunia realiti. Hari yang biasa macam hari yang biasa aku lalui. Tak ada beza pun. Cuma hari ni tetiba mood nak tulis lah sikit-sikit dalam blog ni. ( Dah ada dah sebelum ni, tapi asyik-asyik delete, pastu buat lagi, delete. Mcm biskut chipsmore yang warne kuning tu. )
Sesungguhnya aku sedang menunggu waktu untuk pulang semula ke kolej kesayang ku. ( Bajet sayang). Semester 3? Dimana populariti untuk student lelaki semakin meningkat, manakala populariti student perempuan mula menurun? (Aku tak tau kesahihan yang sebeno-beno nye) Iya kah? Biarkan, jangan berdebat pasal ni.
Oleh kerana diri aku dilanda tahap kebosanan yang melampau, maka aku pun melipat semua kain baju yang tersadai kat bawah ni tanpa sebarang complaint. Kenapa? Ingat aku tak reti lipat baju kah?
Oleh kerana terlalu banyak baju yang perlu dilipat dan kekeringan bahan untuk ditulis lagi, maka aku pun berhenti lah disini ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan