Selasa, 5 Mac 2013

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, fikir sendiri.

Entri kali ini cuma ingin berceritakan tentang penggunaan masa yang secara umumnya semua perlu peka dan tidak sewenang-wenangnya membazirkan hanya kerana kita beranggapan, " ala, esok lusa pun ada masa lagi.. "

Punca: Selepas ambil baucer buku tempoh hari, aku gunakan masa ini untuk jumpa kawan-kawan yang sempat aku jumpa, lepak, bercerita, kongsi pengalaman praktikal, pengalaman bekerja semua itulah. Ada seorang kawan aku praktikal juga, tetapi bila diceritakan, dia tidak langsung buat kerja yang berkenaan dengan bidang akaun. Cuma buat filing dan kerja ofis lain. Yang lagi buat aku terkejut bila dia boleh cakap,

"Ala, takpe, nanti waktu degree barulah aku buat praktikal betul-betul..."


Saat-saat 'Apakah??" Aku waktu tu.

Dengan rileknya beliau bertutur. Fulamak, dengan tanpa dan tidak pernah segan silunya aku pun 'menasihati' kawanku seorang ini. Sesungguhnya, betapa ruginya kalau sekarang ini tak buat betul-betul dan mengharapkan yang masa datang. 

Aku nak beritahu prinsip penggunaan masa aku sendiri. Ini sendiri punya cara, tak sesuai, jangan kutuk. Komen pembaharuan aku sangat terima. 

PERTAMA, kenapa tak gunakan masa dan peluang yang ada sekarang ini untuk buat dengan bersungguh-sungguh? Sebagai contoh, kalau kau diberikan sesuatu tugas sekarang, kenapa mesti ada mindset yang cakap, "kalau aku siapkan awal-awal pun, nanti bukan ada kerja untuk aku. Kena tunggu juga.." Berhenti! Bila kau dah siap awal, masa yang kau ada kau dah boleh tumpukan untuk perkara lain, ataupun kau boleh rileks kan? Cepat pun kerja mestilah MANTAP. Jangan buat kerja macam sampah. 

Macam kes kawan kita kat atas, bila 6 bulan sekarang kau dah membazirkan, nak mengharapkan 6 bulan praktikal waktu degree kau akan berkualiti? Sedangkan rakan-rakan yang lain sudah dapat 'kualiti' sewaktu Diploma, dan InsyaAllah, akan di-polishkan lagi bila Degree. Mereka akan ada pengalaman 1 tahun yang sangat berkualiti, adakah pengalaman yang cuma 6 bulan itu cukup untuk tandingi mereka yang ada setahun pengalaman?

Nak tunggu kerja bertimbun macam ni baru nak start?

KEDUA, kau tahu ke 'masa depan' kau yang rasa kau ada tu, PASTI akan ada? Contoh kau kata " esok aku free, boleh je buat..", boleh kau pastikan kau free? Mungkin kau tak sampai ajal, mungkin ada timbul isu yang terpaksa kau gunakan masa free kau tu. Fakta sekarang ni, kau tak boleh nak mengagak masa depan kau. Jadi, gunakanlah masa sekarang ni sebaik-baiknya. Isikan dengan benda yang berguna. Contoh macam kat atas tu, yakin sangat ke kau akan ambil degree? Kalau kau ambil degree pun, ykain ke kau akan dapat ambil praktikal atau pun yakin ke kau akan buat bersungguh-sungguh juga? Fikirkan.


KETIGA, bila buat sesuatu tugas, tak kiralah tugasan kerja ke, belajar ke, apa-apa pun. Planning itu penting. Plan awal-awal, apa perlu buat lepas ni, macam mana nak selesaikan tugas sekarang dengan jaya dan senangnya. Bila dah selesai, boleh pula planning untuk benda seterusnya. Macam mana seorang surirumah yang berjaya boleh buat macam-macam kerja sekali gus, tapi masih siap on-time ? Planning. Tanyalah ibu korang, kalau beliau seorang suri rumah atau sesiapa pun macam mana mereka multi-tasking.



Oleh itu, ingatlah wahai kawan-kawan, tak kira jika sekarang korang sedang belajar ke, bekerja ke, berkeluarga ke, hargailah masa sekarang. Jadikan masa sekarang berkualiti, bukan kosong~kosong Najwa Latip tu. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang aku nak berjaya bersama-sama InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.