Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang untuk menyambut aidilfitri tahun ni. Dah sebulan tak dapat makan di siang hari. Sekarang dah dapat dahh. Lenjan semua!!
Raya tahun ni macam biasalah, tak adakes gaduh-gaduh antara kedua ibubapa pasal kampung siapa nak beraya dulu sebab kampung dekat-dekat aje. Pagi belah satu, petang belah satu lagi. Demokrasi bukan?
Kalau tiga tahun dulu, aku breakdown pagi-pagi raya sebab demam panas. Pagi raya ni, mata aku bengkak sebaik aku bangun pagi. Adehh, Tak best sungguh nak beraya gini. Terima kasih kepada tangan aku yang juga menggatal-gatal menggaru mata aku yang tengah gatal-gatal. Makin teruk leh jadinya.
Takpe, yang penting aku masih boleh pergi menunaikan solat aidilfitri dan, beraya sambil mengutip duit raya bagi yang sudi memberi. Aktiviti pagi diisi dengan sesi bermaaf-maafan seisi keluarga, sepupu-sepapat, atuk nenek semua belah ibu aku. Lepas tu, baru sesi mengambil gambar. Banyak ohh.
Tak banyak aku boleh upload, sebab gambar banyak yang blur. Ayahanda ku terlupa dia terguna manual focus. In the end, gambar banyak yang out of focus.Lepas bergambar, pecut pula ke kampung ayah aku. Macam biasa, aktiviti bermaaf-maafan dan bergambar, ramai-ramai bergerak ke rumah sanak-saudara.
Dah lewat petang baru pergi cari klinik nak servis mata aku ni. Tapi tak pergi klinik pun. Pergi kedai ubat cina yang lama, apa diorang panggil, Sinsei? Gitulah. Aku lagi suka ubat kat situ, cepat baik semua sakit wakatalu. Masa aku demam tiga tahun lepas tu, aku pergi jumpa sinsei tu lah, tapi ubat dia, gila PAHIT!
Esoknya mata aku dah susut gila. Barulah boleh beraya gitu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan