Selasa, 6 September 2011

Melancong dan Melencong

Raya tak puas lagi dah kena balik kolej. Macam mana nak start belajar kalau mood masih lagi dalam mood beraya. Maafkanlah daku wahai mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik ku semua kerana anak saudara mu ini terpaksa pergi menimba ilmu semula.

Syukur Alhamdulillah, ayah aku nak menghantar aku balik ke Bangi. Gilo eyh, bawak balik dua beg je, datang sini bawak lima beg. Tak perlulah nak bagitau apa yang banyak sangat aku bawak, meleleh air liur korang nanti kang. Sebab aku bawak kuih. Ehh, terbagitau pulak. Hahahaa.

Aku balik hari Sabtu, sebab adik aku kena pulang hostel hari Ahad pula. Highway tak jem, memang best. Malas aku nak balik Bangi dengan jem atas highway. Seksa!.

Tengah hari aku dah sampai hostel. Letak barang-barang aku semua dalam bilik, terus pergi rumah Auntie Zila aku nak beraya. Auntie aku pun ada order kek dari ibu aku. Adalah tujuan nak ke sana.

Lepas tu, ayah aku tetiba plan nak pergi rumah Mak Ngah aku kat Titiwangsa sana. Kat sana, adik kecik aku, Sheba teringin sangat nak try naik LRT. Ayah aku kata, "lepas beraya nanti, bawaklah adik-adik aku naik LRT, nanti ayah amik dekat Masjid India" katanya.

Entah macam mana, last-last, satu family pergi Masjid India naik LRT ramai-ramai. Kereta parking kat stesen LRT situ. Last naik LRT ramai-ramai pun time Sukan Komanwel tahun 1998 dulu. Aku baru 6 tahun beb! Mestilah excited gila. Bukan selalu dapat keluar satu family ramai-ramai macam ni.

Nak tulis panjang-panjang diari perjalanan aku buat apa, tengok gambar dah la. Picture speaks a thousand words yeow!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.