Maksud bahasa yang boleh ibu ayah aku faham kat sini, bukannya tak menggunakan bahasa Cina atau Jerman, tetapi menggunakan bahasa mat rempit. Contoh,
![]() |
| Berapa lama korang nak decode mesej diatas? |
Ayat kat atas tu tak memerlukan IQ yang tinggi seperti professor untuk merungkai maksud dia. Cuma perlukan kesabaran dan iman yang kuat agar tak melakukan dosa kering dengan memaki hamun mahluk yang menulis sedemikian.
Sekarang ni barulah aku sedar, kenapa cikgu Bahasa Melayu aku dulu selalu marah kalau tulis short form, atau bertutur dalam bahasa Cina bila berbual dengan rakan-rakan Cina aku. Semua ni kerana cikgu tak mahu melihat anak murid nya menjadi beruk, sekali gus memberukkan Bahasa Melayu itu sendiri.
Aku confirm, ramai budak sekolah sekarang, termasuk yang kat kolej/Uni pun, sama je kena virus bahasa rempit ni. Kau ingat kau comel ke ape tulis ayat gitu. Besar kecik besar kecik aku nengok ayat tu.
Yang selalu aku perasan dalam penulisan budak-budak tahap IQ macam ni, selalunya perkataan yang berakhir dengan huruf 'E' pasti akan ada imbuham huruf 'W'. Contoh,
" aQ sajeW jeW "Homaigod. Aku rasa diorang 'tak sengaja' tertekan button W tu lepas taip. Huruf W tu macam dah disumpah dan akan tertekan setiap kali perkataan yang berakhir dengan huruf E. Mungkin virus ni jugalah yang menjadi punca keputusan Bahasa Melayu bagi subjek PMR semakin merosot.
Untuk Ibu dan Ayah, selagi abang masih waras fikiran ni, selagi itu abang takkan melakukan larangan-larangan yang dah abang tetapkan dalam blog abang, tentu sekali abang tidak akan menjadi seorang perosak bahasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan