Sabtu lepas, kolej aku ada buat macam hari terbuka, lecturer jumpa ibu bapa lebih kurang macam gitu. Teori nampak macam mustahil nak buat kan? Praktikal sebaliknya.
Ibu dan Ayah, tak pernah sekalipun terlepas hari terbuka aku, sejak dari tadika lagi. Tak terkejut lah kalau ayah aku pun nak datang untuk hari terbuka kolej aku. Ayah aku tak kenal erti penat, biar pun cuma datang ke Bangi untuk beberapa jam sahaja.
Tak mungkin dapat aku balas budi ibu dan ayah aku, walau macam mana pun sekali. Ibu ayah bertolak dari pukul 1 pagi lagi, dengan kereta yang rosak ditengah highway pun, masih boleh sampai juga.
Mungkin aku tak tunjukkan ekpresi muka. Tapi sudut dalam hati ni, aku amat bersyukur kerana mendapat ayah yang sebegini. Yang sanggup meredah kesusahan semata-mata untuk aku, anaknya.
Ye, aku tahu, banyak dosa telah aku buat terhadap ayah aku. Aku berharap sangat ayah dapat memaafkan aku. Aku tahu ibu pun telah banyak menitiskan air mata, kerana sikap ini.
Wallahualam, aku tak tahu, jika ayah aku ada menitiskan air mata ketika sesi perjumpaan itu. Tapi, segala pujian yang aku dapat, aku lakukan semua itu untuk ibu dan ayah aku.
Ayah aku berkata pada semua pensyarah, yang dia amat menghargai program hari terbuka ini sebab dia dapat mendengar komen dari pensyarah sendiri. Aku juga, gembira kerana segala pujian yang aku dapat, semuanya untuk ibu dan ayah.
Aku amat berterima kasih kepada Allah swt kerana memberi aku ibu bapa yang menyayangi aku. Aku juga berjanji kepada diri aku untuk melakukan yang terbaik untuk mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan