Ahad, 24 Julai 2011

Filem Flat 3A

Last week aku dengan classmate decide nak pergi tengok movie kat Alamanda, alang-alang petang tu class cancel, dan class pagi esok pun cancel, enjoy lah wei!

Selepas bergaduh siapa yang kene pakai helmet MS tanpa visor. Kitorang pun teruskan perjalan.(macam lah jauh sangat nak menjelajah).

Dalam banyak-banyak pilihan movie yang ada seperti Harry Potter and The Deathly Hallows Part II, Larry Crown, Transformer 3D, kitorang pilih lah Flat 3A. Sebab ada yang tak tengok Harry Potter Part I, dan ada yang tak nak tengok cerita omputeh Larry tu.

Flat 3A aje lah pilihan terbaik. Walaupun aku sebenarnya dah tawar hati nak tengok cerita seram melayu (sebab aku hampa gila bila tengok cerita Mantra dulu). Tapi, sejak aku dah cuba tengok KL Gangster dulu, dan puas hati, aku pun cakap kat diri sendiri, ' alah, tiket RM7 aje pun, anggap je lah aku bayar tuk tidur '

Hah! Serius cerita die bosan, macam-macam cara duduk aku buat. Menyangap? (bukan sangap bende, sangap ngantuk) Tak terkira. Nak tidur? Kalau effect die tak kuat sangat, dah lama aku terlelap.

Sumpah cerita ni bosan gile. Kalau macam cerita hantu biasa, takat ada hantu, berdialog, kene rasuk/sampuk ada angin misteri tu boleh lagi la aku buka sebelah mata nak tengok. Ini, tetiba ada macam bende alah hitam serang orang. Whatt!!?? Dah tak boleh terima dek akal dah ni.

Ada lah juga diselitkan pengajaran kat dalam cerita ni. Tapi, macam semua tahu, budak-budak sekarang mana nak makan pengajaran sangatkan? Yang sedar tu, Alhamdulillah.

Overall, aku tak kisah keluar duit untuk hangout dengan kawan, berbaloi. Tapi yang movie tu, kalau nak diikutkan memang tak berbaloi  sesen pun. Hey, bukan selalu dapat hangout dengan buddies kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.