Selasa, 12 Julai 2011

Sepetang di Putrajaya

Isnin yang lalu, classmates buat plan tetiba nak pergi Putrajaya main basikal kat Taman Botani. Aku puasa wei tak larat nak mengayuh! Eheem, bukan puasa ganti ye, sesaje nak diet, eeycehh.

Plan kalau dibuat on the spot memang selalu jadi. Sempat jugalah aku tidur kejap lepas Zuhur tu. Ada juga yang terus terlelap sampai ke lewat petang.

7 orang plan, 5 aje yang pergi. Hey, at least pergi juga walaupun kekurangan 2 ahli untuk menceriakan lagi petang tu. Penat weyh mengayuh naik bukit. Fuhh, tekak hauss.

Bila masa sewaan basikal tu dah habis, apa lagi, baliklah, dok duduk situ bukan dapat air free. Lepas tu kitorang pergi la menunaikan solat Asar di masjid kat area situ.

Mana kitorang pergi? Masjid Besi atau nama lain Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin. Basau gile weyh! Jakun la sikit, maklumlah tak pernah jejak pun kan. Nak cari dewan solat tu ada la sikit susah tapi jumpa juga.


Ahaa, ni lah pintu masuk ke dewan solat tu. Beso habaq hang! Gile jakun aku bila masuk dalam. Hahaha. Tapi masa aku masuk toilet kat situ, manalah aku tau kene tanggalkan selipar. Kena tegur la dengan maintainence kat situ. Maafkan kami abang/pak cik.

Sesudahnya menyelesaikan solat, kitorang pun rush cari tempat berbuka. Wooosh~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.