Jumaat, 22 Julai 2011

This Is Confidential.

Kalau kawan-kawan korang kata benda alah tu rahsia korang betul-betul paham tak apa maksudnya? Maksudnya benda tu diorang bagitau kau sebab diorang percaya kat kau. SO, RESPECT LA ORANG TU BALIK.




Lagi satu, aku nak cerita pasal privasi. Privasi tu maksudnya something yang someone tu tak nak orang lain tahu. Sebagai contoh, mesej, password, IM dan lagi-lagi diari. Aku jelik tengok orang yang tak reti nak hormat privasi orang lain.

Biarlah apa pun diorang nak tulis kat dalam mesej or IM diorang, atau apa yang diorang nak hide-kan post yang ada dalam facebook ke kat mana-mana, yang korang ni mengatal-gatal nak pergi curi-curi tengok kenapa? Kalau diorang tak tahu tu tak apa lah, tapi kalau dah kantoi? Tak ke kawan korang tu tak kan nak percaya lagi dengan korang? Ehh sial lah.

Kalau yang bermakwe-pakwe tu, fuhhh, bukan main lagi minta password-massword berbagai. Katanya "tak ada rahsia diantara kita ok, Hun?" HOI, geli aku dengar. Tu baru status boyfriend/girlfriend, belum lagi suami isteri.

Meh sini aku nak bagitau korang, boyfriend/girlfriend tu cuma LABEL/STATUS, no more than that. Bila-bila label tu boleh ditarik balik lah, even kau dah bertunang pun, status tu tak lebih macam lesen memandu korang. Ada lesen baru boleh pandu kereta, and bila-bila lesen tu boleh kena tarik kalau dah lebih dimerit. Macam tu jugalah status makwe/pakwe tu.

Berapa peratus aje yang sampai kejinjang pelamin? Ni belum nikah tapi perangai macam orang dah nikah, pegang sana sini, raba sana sini. Astagfirrullahhalazim. Cube adjust sikit perangai tu?

Lepas kau curi-curi tengok privasi orang tu, kau pula nak melenting bila ada kata-kata 'pedas' pasal kau? Yang kau pergi tengok tu kenapa? Kalau kau tak tengok, confirm kau tak tahu kan? Dah tak tahu confirm kau pun tak kan nak mengamuk kan?


Nak kata berdosa mengata belakang? Ye, memang lah berdosa, tapi biarlah diorang tu yang tanggung. Kubur lain-lain bukan? Kau nak buat chain-reaction tu kenapa? Dah la nak marah orang yang kau ngintai, lepas tu kau pun nak marah pula orang yang first hantar mesej tu. Lepas tu kau benci dia, dia benci kau, dan ramai-ramai benci sama-sama. Tahniah.

Come on lah, kau suka orang lain ambil tahu privasi kau? Tak? Sebelum buat apa-apa, fikir dulu effect dia. Kalau dia bagitau sendiri tu lain la cerita. Don't be an asshole, asshole.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.