Khamis, 30 Jun 2011

Transformer 3!



Macam tak percaya aku nampak banner Transformer 3 kat depan Perling Mall! Wao, aku ingat mall yang macam muzium tu cuma tayang cerita-cerita Hindustan dan yang kurang famous.

Meleset sungguh jangkaan aku. Ayah aku suruh aku pergi tengok Transformer 3 dengan Sheba. Ayah aku yang bayar, so aku ok saje.

Overall ok la movie tu, nak kritik banyak pun aku ni siapa lah kan. Yang penting aku dapat tengok hari dia keluar tayangan. Woot Woot!

Rabu, 29 Jun 2011

Pandangan pertama


Ini lah pandangan pertama permandangan tempat dimana terletaknya desktop aku. Berselerak! Maklumlah, CPU dah masuk klinik , so, tempat-tempat yang dahulunya dilarang meletakkan barang-barangan telah ditarik larangan itu.

Maka, beginilah hasilnya. Hahaha. Takpe, CPU dah sihat, nak tak nak aku kena jugalah mengemas oii. Sakit mata tengok, lagi sakit badan nak buat kerja.


---------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa Jam Kemudian
---------------------------------------------------------------------------------------





Prestoo~!

Hahaha. Kan dah kemas sikit. Sedap mata memandang aje dan tak lah aku kena marah dengan ibu aku nanti.

Nampaknya jam menunjukkan hampir pukul 2, aku nak pergi tidur dulu. Adioz~!

Isnin, 27 Jun 2011

Pemurah? Murahan?


Macam-macam pe-el aku tengok budak-budak kat fb ni. Senang-senang mintak maklumat peribadi atau nombor phone kat 'friends'/amoi yang kau takat-takat kenal dalam alam maya.


Contoh mat-mat pit yang murah..ehh puihh.




Come on lah, tak ada ke taktik yang tak murah sangat? Dah macam acam brader-brader kat pasar malam yang jual be Prada fake, meng-sweet awek-awek yang lalu lalang macam orang bodoh.

Kau ingat kau hot-stuff sangat sampai perempuan tu nak bagi nombor phone diorang kat kau? Adooii, tak reti malu ke cik abang oii. Kalau pun tak tahu malu, sorok-sorok la sikit perangai tu, jangan la tunjukkan kat semua orang.


FFFUUUUUUUU


*Kalau dah lelaki tu mintak and then perempuan tu bagi juga selepas acara pujuk yang mengambil masa < Isi sendiri >. Sama-sama murah la itu kot. Tak pun laki tu guna ubat pengasih, transfer melalui fb. woa!

Tanah air ku

Selepas dah lama menetap di Kuala Lumpur, akhirnya aku balik la juga ke JB (akhirnye eh). Terima kasih kepada rakan baik ku di sana jugalah. Kalau bukan dia yang suruh aku balik, takde nya aku nak balik awal derr.

Bukannya aku benci ke orang-orang kat rumah tu. Oh tidak, aku sayang semua. Saja nak jadi perantau. Belajar berdikari bak dialog dalam drama. Ceyh! Apa-apa pun aku dah balik, jadi, tak lah jiran-jiran nanti bersangka buruk kat aku dan cakap aku ini dah lupa diri kan?


(credit to akak)


Dapat jugalah aku enjoy berjalan-jalan dengan kakak aku dan kakak dia. Lagipun aku nak kena prepare barang awal-awal kan. Aku ni femes dengan tertinggal barang ni.

Banyak lagi tak prepare woo. Macam malas nak kemas. :p

Lunch dulu~

Sabtu, 25 Jun 2011

Tunaikan, walaupun tak jadi macam yang dirancang.

Begitu la cerita nya, kadang-kadang kita boleh berjanji untuk melakukan sesuatu, tapi, pelbagai halangan yang datang kepada kita.

Tapi, itu bukanlah alasan untuk kita memungkiri janji, betul kan? Yang penting kita cuba sedaya upaya untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan.

Iya, mungkin bila kita dah tunaikan janji itu, tak menjadi seperti yang dirancang. Minta maaf. Bukan kita minta semua tu berlaku bukan? Terima ke tidak, itu terpulang.

Bukankah lebih baik kalau kita melakukan apa yang telah dijanjikan walaupun tidak terjadi seperti yang dirancang daripada memungkiri janji dan akhirnya dibenci?

Siapa yang suka tunggu kan? Aku pun tak suka juga. Hehehe. Tapi tak apa, aku janji akan payback pasal benda ni ke hari lain. Ye, aku janji.

Ini lah bukti dia, kat blog ni. Dah sampai masa nanti, jangan lupa claim dengan aku ye!

Adioz~

Khamis, 23 Jun 2011

Sakit kepala

Masa menunjukkan sudah pukul 1:50 petang.

"Oh, dah terlepas azan Zuhur ke?"

*Check handphone ada 1 misscall, adehh..

"Macam mana boleh tak dengar ada call ni, adui"

*hantar mesej dan terus bangun.

Perut aku terasa lapar. Tapi aku serbu laptop yang ada diatas meja dan menggunakan seluruh kesedaran yang ada dalam diri ini untuk mengisi blog aku yang tak beberapa nak berisi ini.

Aku ingin meminta diri untuk pergi masak dulu, untuk mengisi perut aku pula selepas blog aku sudah aku isikan. Tetapi sebelum itu, aku nak pergi mandi dulu lah.

Adios~

Rabu, 22 Jun 2011

GCB!

GCB ni bukannya mcm GBS(Geng Bus Sekolah). Tapi Great Chicken Burger dari McD. Kenapa aku tetiba merepek pasal GCB McD ni? Sebabnya aku dah ternampak flyer pasal GCB ni lah yang dah keluar balik kat McD. Sedap? Aku kisah kenyang aje. Sedap tu asal boleh dikunyah dan telan cukup lah.

So, aku pun dah meng-plan untuk ke McD yang berhampiran dengan rumah aunty aku ni untuk kacau si adik yang comel yang kerja kat McD tu. Ehhh, tak, tak, aku datang sini nak guna wi-fi je sebenarnya. Nak update phone aku. Ehehe. Phone dah canggih la sikit dari yang dulu(bangga skett).

By the way, si adik comel tu tak ada. Aduh, hampa aku, terguris hati pabila bayang wajahnya tidak kelihatan disebalik kaunter McD. Tetapi! Ada gadis comel yang baru pula, oh tidak sia-sia aku datang petang ni. Ahhh, apa aku mengarut ni... Kuat berimaginasi btoii..

Okay2, sudah habis merepek ke? Dah.(bercakap dengan diri sendiri) Apa yang aku dok buat kat sini sampai berjam-jam kadang-kadang? Buat apa lagi, tengok pekerja-pekerja yang comel kat sini lah sampai boring... Ehh, bukan, tu semua tak betul. Siapa lah yang buat macam tu, ishh.

Aku kat sini guna wi-fi free untuk download Supernatural musim ke-6 episode yang terakhir. Aku dah ketinggalan yang teramat ever since time final hari tuh. aku ni tak reti sabar, tu yang aku datang sini download. Bukannya kat rumah auntie aku tak ada internet, cuma tak nak la guna quota mereka sehingga mereka nak guna pun susah nanti. Baik tak aku? Muka je legend, tapi hati baik tau.(puji la diri sendiri sikit, siapa lagi nak puji kan).

Oh aku teringin untuk berjalan-jalan di Bukit Bintang sambil melihat kemeriahan dan gelagat orang-orang disitu. Sudah tentu lagi best dari terduduk meng-online berjam-jam disini sehingga badanku mencecah tahap sejuk beku(boleh ke?) dan menatap muka-muka Negro yang datang dan pergi, ada yang mengambil cawan diatas meja yang telah ditinggalkan lalu me-refill dan bla tanpa secebis kesalah diraut wajah mereka?

Sumpah aku dah lari jauh dari topik. Tak mengapa, aku sudah sebati dengan perangai aku. Dah dekat 2jam kat sini, 1part supernatural pun aku tak habis download lagi. Aduh. *Sambil menikmati pai epal aku yang ke-2.

Selasa, 21 Jun 2011

Aku Tak Gembira.

*Entri ni akan penuh dengan emosi dari pemikiran logik. Apa-apa jenis makian akan cuba di elakkan/dikurangkan.


Selamat pagi semua, naik angin dipagi hari sangatlah bukan permulaan yang baik untuk memulakan hari yang baik. Kenapa aku naik angin?

Terima kasih kat nenek India sebelah rumah aunty aku ni yang suka menjerit terpekik terlolong kat cucu dia pagi-pagi dan buat satu blok ni macam dia yang punya buat aku sampai tak boleh tidur!

Patutlah muka kau yang tua tu aku tengok memang dah tak macam muka orang langsung. Buruk. Tu lah menjerit sana sini. Kau menjerit kat toyol-toyol kecik tu pun, kau ingat diorang nak dengar semua yang kau menjerit tu?

Of course diorang tak kan makan la apa merepek yang kau jerit semua tu, 'pandai' ! Lain kali ambil rotan, libas kat tapak kaki diorang, then confirm diroang akan senyap! Menjerit? Kalau kau menjerit suara besar tak apa la. Ni suara membinggitkan telinga buat apa?

Kau ingat jiran-jiran sebelah kau tu tak ada ke yang nak tidur? Come on lah, jiran-jiran (termasuk aku) kau yang lain pun banyak lagi India la, tapi tak ada yang perangai macam haram macam kau orang!

Sumpah bila kau satu family start bercakap macam family reunion 1 ribu orang dalam rumah, yang padahal berapa ekor je yang ada, meruap darah aku. SENYAP SIKIT LAH BUKAN KITA ORANG NAK DENGAR APA YANG FAMILY KAU BERBUAL/MENJERIT/MELALAK SEMUA! HARAM JADAH!



*/ Entri ini akan aku delete bila aku rasa nak delete lah. Macam kurang appropriate pula. Tapi sekarang ini tengah memang nak marah, so biar saja lah dulu.


Isnin, 20 Jun 2011

whoa 'What the hell'

Okay, ini bukan nya review pasal lagu Avril Lavigne - What the hell tu. Oh tidak. Tapi Avril Lavigne tu cantik kan? kan? Aaaahhh, apa dah aku buat ni? Maafkan ku Lisa, kau tetap di lubuk hati ku walau se-pink mana pun rambut Avril. dan walaupun kau berskandal dengan Yusri KRU.


Dalam ramai2 mengapa engkau memilih Yusry? Ohh


*Smack* Berbalik kepada dunia realiti. Hari yang biasa macam hari yang biasa aku lalui. Tak ada beza pun. Cuma hari ni tetiba mood nak tulis lah sikit-sikit dalam blog ni. ( Dah ada dah sebelum ni, tapi asyik-asyik delete, pastu buat lagi, delete. Mcm biskut chipsmore yang warne kuning tu. )

Sesungguhnya aku sedang menunggu waktu untuk pulang semula ke kolej kesayang ku. ( Bajet sayang). Semester 3? Dimana populariti untuk student lelaki semakin meningkat, manakala populariti student perempuan mula menurun? (Aku tak tau kesahihan yang sebeno-beno nye) Iya kah? Biarkan, jangan berdebat pasal ni.

Oleh kerana diri aku dilanda tahap kebosanan yang melampau, maka aku pun melipat semua kain baju yang tersadai kat bawah ni tanpa sebarang complaint. Kenapa? Ingat aku tak reti lipat baju kah?

Oleh kerana terlalu banyak baju yang perlu dilipat dan kekeringan bahan untuk ditulis lagi, maka aku pun berhenti lah disini ye.

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.