Sabtu, 19 Mei 2012

Konsert Avenged Sevenfold Malaysia

Dari sekolah menegah lagi aku dah minat Avenged Sevenfold nih. Metal band yang naik time-time aku sekola dulu. Ramai yang tahu lagu Dear God, Afterlife pun. Hajat nak pergi konsert memang dari dulu dah ada. Tapi dulu paling dekat pun kat Singapore. Ndak ler nak perginye.


1 je aku punya, satu lagi kawan.

Apapun, 29 hari bulan 4 hari tu, hajat aku tercapai juga, sebab Avenged Sevenfold datang ke Malaysia buat kali pertamanya. Ye beb, konsert pertama diorang, dan aku ada tiket. Cuma RM98 je. Kalau nak diikutkan bajet entertaiment aku untuk bulan tu, habis kat tiket ni je. Siapa nak lepaskan peluang yang jarang datang ni kan.?


Konsert berlangsung kat Sunway Lagoon. Kat tempat kolam sana. Tapi air dah flush keluar dulu, takkan nak mosh sambil berenang pulak. Event besar, band terkenal, parking pun gerenti susah nak cari. Berbekalkan kata-kata semangat, 'jalan ni ayah aku punya', maka, depan balai polis Sunway lah aku parking. Motor pun tak payah risau kena curi.



Konsert sepatutnya start pukul 830, tapi 9 tepat baru diorang keluar. Aku pun dah nak hampir hilang sabar pun time tu. Tiket konsert ni ada 3 section. Tiket aku ni section yg blakang skali. Tapi start je A7X masuk, pagar terus kena rempuh, mungkin semangat dari pergi perhimpunan bersih 3.0 semalam kot. Tiket RM98 terus jadi RM198. Memang confirm ramai yang rage.




Opening dimulakan dengan lagu Nightmare. Aku tak ingat lagu-lagu lepas tu. Beast and the Harlot, Bat Country, A Little Piece Of Heaven, banyak lagi yang famous-famous. Kalau dah konsert A7X, mana boleh tak mosh kan? Aku pun join juga walaupun mula-mula bukan secara rela.

Konsert habis lebih pukul 1030 malam juga, Ending lagu, A7X perform Unholy Confession. Lagu yang aku dok tunggu dari start lagi.Balik hostel dengan perasaan puas. First konsert dalam hidup, berakhir dengan kepuasan.

Sampai kat motor lebih kurang 1130 juga lah. Sebab sesat punya fasal. Macam biasa, balik selepas pukul 11, lompat pintu belakang nak masuk hostel.



* Apish, jangan lupa korban aku yang atas highway.

pssst, amaran khas dari diri ini. Elakkan lah pergi konsert sesak-sesak mcm ni, Senak batin oii. Kwn tak tipu. Sesal sekarang untuk tak buat kemudian hari,



Rabu, 2 Mei 2012

Sauna di Petang Hari.


29 April, dijangkakan ramai individu yang akan turut serta didalam demonstrasi jalanan secara ‘amam’ atau nama lain Bersih 3.0 . Perhimpunan ini bertujuan untuk menghapuskan korupsi di dalam pemerintahan kerajaan kerana pihak pembangkang secara tidak langsung adalah bebas korupsi katanya.

Maaf diatas permulaan seperti surat khabar. Tarikh keramat tu juga menandakan bermulanya minggu study week untuk kolej aku. Oleh kerana tak balik rumah macam kawan-kawan lain yang dah seminggu setahun tak balik rumah, aku mampu untuk bertandang dirumah auntie aku sahaja

Sepupu-sepupu aku.

Oleh sebab hari Ahad aku ada hal, sehari sebelum tarikh keramat tu aku dah kena gerak balik. Petang tu je, dah ada polis mengawal kat stesen-stesen ktm ‘panas’. Maklumlah, 29 hari bulan esoknya ada sales kat Sogo, takut pembeli mengganas.

Gambar kat atas ni lah gambar sepupu-sepupu aku. Gambar disusun mengikut pangkat masing-masing. Kalau ada yang kata comel baby tu, tengok lah abang sepupu diorang, comel juga. Best part time hari 29 April tu, dapat info yang ktm berhentikan perkhidmatan diorang sehingga 6pm. Thumbs up. Mahu tak mahu, aku terpaksa balik lepas pkul 6 jugalah dengan risiko tren penuh sesak.

Stesen Kepong Central memang tak pernah takda tempat duduk. Kira selesa punggung aku ni sampai UKM. Setibanya tren di stesen Bank Negara, ramai orang berpusu-pusu naik tren. Ramai juga budak first-timer pergi sales. Bangga dengan pencapaian mereka. Berdebat tentang cacat cela produk, berlagak macam mereka boleh membuat produk yang lebih bagus dari yang sedia ada.

Yang lucunya, aku yang tengah selesa duduk ni, hampir tergelak melihat budak-budak ni bergaduh pasal tren ni menghala ke Klang atau Seremban. Disebabkan kekurangan entertainment. Aku pun biarkan diorang berdebat sampai KL Central.

KL Central pula, ada satu family, 8 orang, ibu bapa dan 6 orang anak-anaknya, bangga dengan baju kuning hasil dari sales mereka. Walaupun bertudung labuh, beserta seorang anak kecil yang seperti down-syndrome, family berkenaan tak endahkan tentang sesak dan mungkin dihalang oleh pengawal keselamatan disana. Mungkin sales lebih penting untuk diperjuangkan dari keselamatan anak-anak?

Hey, bersesak-sesak kat dalam ktm pun ada  kelebihannya. First kau dapat lihat gelagat budak-budak first time pergi sales harga runtuh, tak ubah perangai macam budak baru first time jakun pergi Pavi. Kedua, secara tak langsung, dapat mendidik diri sendiri agar tak menjadi ibu bapa yang mengabaikan keselamatan anak-anaknya demi mengejar sales.

Yang paling last dan yang aku suka, tak perlu susah-susah nak lari padang 8-10 round. Sebab duduk dalam tren pada hari sales sudah cukup untuk mengeluarkan peluh sama kuantiti dengan berlari.

*Mesej asal terpaksa diolah bagi mengelakkan provokasi


Isnin, 19 Mac 2012

Panjat Gunung, Daki Bukit?

Cuti midterm dah sampai, paper midterm dah separuh lepas azab, separuh lagi lepas naik cuti. Sebelum balik ke kampung masing-masing (bagi yang tniggal jauh macam aku), dah plan nak panjat bukit Broga dengan classmate dah. Selama ni dengar dari mulut orang lain je. Akhirnya, dpat sendiri rasa macam mana susah(ke?) nak panjat bukit ni.

Trip kali ni, dua kereta je pergi. Rombongan seramai 9 orang. Plan 530 pagi berkumpul, ditunda sampai lepas 6 pagi sebab gas kat rumah classmate kitorang tetiba kehabisan. Hey, at least ada makanan ndak? Tak dapat nak solat kat sana, solat ja kat Petronas.

 

Perjalanan takde lah lama mana, 30min je kot, tambah traffic light semua. Sampai kat sana, memang ramai orang. Lebih kurang macam pagi-pagi orang pergi joging kat Kebun Bunga Istana Johor sana. Kalau sana joging kat taman bunga, sini pula joging panjat bukit.

Beberapa kali berhenti sebab masalah kesihatan salah sorang geng, kitorang buat pitstop beberapa kali. Biar lambat asal selamat orang tua kata. Masa perjalanan memanjat, ada brader bagitau, kat atas ada 4 puncak. Bila sampai atas takde pun aku kira berapa puncak.

 


Boleh lah tahan penat kot panjat bukit ni. Tapi bila dah sampai puncak, terasa malas sangat nak turun. Serius jauh. Lepas ni target nak lihat matahari terbit pula.


Sabtu, 17 Mac 2012

Sesi merapu.

Sejak semester satu lagi, aku dengan bestie aku dah buat satu aktiviti, kitorang namakan 'merapu'. Aktiviti ni, macam satu hari tu, kitorang set nak keluar, dan membuat hala tuju dari semasa ke semasa. Function? Berjalan-jalan, sambil enjoy dan lepak-lepak. Macam annual aktivit utk kitorang lah.

Merapu kali ni, plan awal ialah nak temankan Iqa, pergi interview kat KL Central dan lepas tu teman aku pergi ambil laptop kat rumah auntie aku, selepas tu, balik ke hostel semula sebelum pukul 8 sebab sepatutnya ada kelas ganti.




One thing lead to another. KTM yang rosak, plan nak turun ke KL Central, tukar naik LRT ke Masjid India. Dari sana, kitorang pun bersiar-siar kat Masjid India yang kebetulan ada pasar malam kat Jln TAR. Lepas tu kitorang pergi Pergi Pasar Seni pula.





Kat atas ni, proses mewarna batik? katanya. Atin pilih satu. Aku pun kalau tak sebab jakun, takde nak gatal-gatal beli. Aku pilih ikan emas, sebab, macam senang nak warna. Atin ambil burung hantu. End result boleh tahan jugak, tak sangka aku pandai mewarna. bwahahaaa.

Nak dekat pukul 4 lebih juga baru kitorang gerak ke KL Central dari sana. Sempat pergi teman Iqa untuk interview je. Aku dah malas nak pergi ambil laptop dah. Dalam perjalanan, dapat sms yang kelas ganti dibatalkan, lagi.


Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Anugerah Dekan Sesi Jul-Nov 2011

Aku tak ingat bila sebab banyak draft yg aku buat semua dah lepas tarikh peristiwa. Tapi majlis ni berlaku sekitar awal bulan Mac. ( cewaah macam ayat dalam surat khabar. Hakha)

Alhamdulillad, ni kali ke 3 berturut-turut aku datang ke majlis anugerah dekan ni. Bangga sebab semua ni atas uasaha dan susah payah aku belajar.

Tak banyak nak cerita, standard procedure, datang tempat mewah sikit, makan, sedikit ucapan, persembahan dan lani-lain benda biasa.


 Gambar kat atas ni, bersama lecturer Account aku. Dia masih single dan juga muda. Sesiapa gadis yg muda juga berminat, pandai-pandai la contact beliau.


Brader yang pose ultraman dengan aku ni, pun 'straight-set' dekan setiap sem. Bila kau selalu jumpa setiap kali majlis dekan, secara tak langsung satu perhubungan antara kawan akan wujud. Automatiknya!



Satu masa dulu, aku pernah cakap kat lecturer aku dulu, " Siapalah saya madam, orang tetiba nak bergambar dengan saya, ramai lagi ada". Madam tu pun menjawan, " Tak payah kata gitu. Lama-lama nanti memang akan ada yang datang nak ambil gambar dengan awak, macam saya dlu."

Bila kawan aku datang nak bergambar, terus aku teringatkan dialog aku dengan madam tu. Lucu bila fikir balik.

Rabu, 15 Februari 2012

Customer sentiasa betul?

Masa aku habis buat draft entri ni, sehari lepas tu, (kalau korang baca berita lah) seorang pelanggan dibelasah oleh pekerja KFC di ICT Shah Alam. Kebetulan sungguh. Aku belum lagi sempat nak tonton video tu. Tapi, aku rasa takkan lah seseorang tu nak belasah tanpa diprovokasi lah kan?


Perihal tentang polisi ‘customer is always right’. Selalunya diguna pakai kat tempat-tempat franchais macam fast food la contoh paling senang. Disebabkan polisi nilah, ramai customer fikir diorang ada kuasa veto ke atas customer service punya pekerja.

Sumber:Google


Memang lah apa yang customer nak, customer service mesti ikut je. Tapi, diorang pun manusia juga kan. Kalau si customer berlagak macam brader-3line-atau-spesis-pekida-pelbagai-haram dan marah sana marah sini mintak order,  siapa tak rasa bengang kan?

Sebelum marah tu, fikir dulu, yang si brader-3line-atau-spesis-pekida-pelbagai-ptuih nak marah-marah ni, cuma bahagian depan, cashier/waiter. Terfikir tak, pressure tu kadang-kadang boleh sampai ke department lain juga?

Sumber:Google


So, fikirlah, korang/customer naik angin sana sini macam brader-3line-atau-spesis-pekida-pelbagai-ptuih jangan ingat korang ada kuasa. Sebab, tukang masak yang bagi kau makan tu, ada jauh lagi banyak kuasa dari korang. Korang tak nak lah makan makanan korang yang dah terjatuh + diseletkan kat tapak kasut pelbagai. Ewww.

Apa yang aku dengar dari kawan-kawan yang dah tonton video tersebut, depa kata yang belasah pelanggan tu bukan cashier tapi bahagian kitchen. Wao! See, depan kena maki, yang belakang datang belasah. Wicked!

Kalau betul Cina tu salah sebab provoke pekerja tu, punca kat dia juga dulu. Untuk pekerja tu, dia tak sepatutnya buat macam gitu. Polisi satu hal, agama pun ada beritahu, supaya kita bersabar tak kira apa pun terjadi.


*Aku tahu halal dan haram dalam penyediaan makanan untuk pelanggan. Aku tidak sesekali bagi makanan kat customer barang yang dah discard. Yang discard tu kebanyakannya masuk dalam perut aku, dengan izin yang berkuasa.

Isnin, 13 Februari 2012

Tentang Kawan.


Kawan, diorang boleh jadi manis dan juga pahit. Apa pun, yang boleh dibuat kawan, kita berkawan, yang tak boleh, jadi professional, belajar berlakon. Okay, itu gurau je.
Disebabkan insan yang dipanggil kawan jugalah, aku dapat buat satu band. Takde lah famous mana pun, Cuma untuk isi masa lapang je. Sorang roommate aku pun ada band juga. Genre lain dari kitorang punya.
Oleh sebab aku dan dia ada minat dalam band-band ni (tak tau apa nama sesuai), roommate aku pun bagi lah aku satu dari lagu band die time sekolah menengah dulu.


FRIENDS
Songs – The Cassatte

Verse 1
Now’s the time to hangin out.
Time to open your mind,
This time to have some friends.

Verse 2
This time we have some fun,
Don’t think so much to do,
Just twist your leg with your friends.

Pre-Chorus
You teach me how to be so fun,
Now I have fun with you.

Chorus
Keep me hangin on,
You’re my friend to thinking on
You teach me how to be so fun.



Lagu ni, best juga buat basking ramai-ramai. Enjoy dan santai. Sama macam maksud lagu tu. Maaf, setakat ni belum ada record lagu tu. InsyaAllah bila ada aku upload.

Tiada Perkataan Dapat Diluahkan..

Sabtu lepas, kolej aku ada buat macam hari terbuka, lecturer jumpa ibu bapa lebih kurang macam gitu. Teori nampak macam mustahil nak buat kan? Praktikal sebaliknya.

Ibu dan Ayah, tak pernah sekalipun terlepas hari terbuka aku, sejak dari tadika lagi. Tak terkejut lah kalau ayah aku pun nak datang untuk hari terbuka kolej aku. Ayah aku tak kenal erti penat, biar pun cuma datang ke Bangi untuk beberapa jam sahaja.

Tak mungkin dapat aku balas budi ibu dan ayah aku, walau macam mana pun sekali. Ibu ayah bertolak dari pukul 1 pagi lagi, dengan kereta yang rosak ditengah highway pun, masih boleh sampai juga.

Mungkin aku tak tunjukkan ekpresi muka. Tapi sudut dalam hati ni, aku amat bersyukur kerana mendapat ayah yang sebegini. Yang sanggup meredah kesusahan semata-mata untuk aku, anaknya.

Ye, aku tahu, banyak dosa telah aku buat terhadap ayah aku. Aku berharap sangat ayah dapat memaafkan aku. Aku tahu ibu pun telah banyak menitiskan air mata, kerana sikap ini.

Wallahualam, aku tak tahu, jika ayah aku ada menitiskan air mata ketika sesi perjumpaan itu. Tapi, segala pujian yang aku dapat, aku lakukan semua itu untuk ibu dan ayah aku.

Ayah aku berkata pada semua pensyarah, yang dia amat menghargai program hari terbuka ini sebab dia dapat mendengar komen dari pensyarah sendiri. Aku juga, gembira kerana segala pujian yang aku dapat, semuanya untuk ibu dan ayah.

Aku amat berterima kasih kepada Allah swt kerana memberi aku ibu bapa yang menyayangi aku. Aku juga berjanji kepada diri aku untuk melakukan yang terbaik untuk mereka.

Rabu, 8 Februari 2012

Bahasa Perosak Bangsa

Dalam blog aku, insyaAllah, tidak akan ada entri lucah, mencarut tahap gaban, dan tidak menggunakan bahasa budak beruk mat rempit. Rules dia simple je, apa yang aku tulis, ibu dan ayah aku baca. (baca:akan baca) dan mereka juga boleh faham apa yang aku tulis.

Maksud bahasa yang boleh ibu ayah aku faham kat sini, bukannya tak menggunakan bahasa Cina atau Jerman, tetapi menggunakan bahasa mat rempit. Contoh,


Berapa lama korang nak decode mesej diatas?

Ayat kat atas tu tak memerlukan IQ yang tinggi seperti professor untuk merungkai maksud dia. Cuma perlukan kesabaran dan iman yang kuat agar tak melakukan dosa kering dengan memaki hamun mahluk yang menulis sedemikian.

Sekarang ni barulah aku sedar, kenapa cikgu Bahasa Melayu aku dulu selalu marah kalau tulis short form, atau bertutur dalam bahasa Cina bila berbual dengan rakan-rakan Cina aku. Semua ni kerana cikgu tak mahu melihat anak murid nya menjadi beruk, sekali gus memberukkan Bahasa Melayu itu sendiri.


Aku confirm, ramai budak sekolah sekarang, termasuk yang kat kolej/Uni pun, sama je kena virus bahasa rempit ni. Kau ingat kau comel ke ape tulis ayat gitu. Besar kecik besar kecik aku nengok ayat tu.

Yang selalu aku perasan dalam penulisan budak-budak tahap IQ macam ni, selalunya perkataan yang berakhir dengan huruf 'E' pasti akan ada imbuham huruf 'W'. Contoh,
" aQ sajeW jeW "
Homaigod. Aku rasa diorang 'tak sengaja' tertekan button W tu lepas taip. Huruf W tu macam dah disumpah dan akan tertekan setiap kali perkataan yang berakhir dengan huruf E. Mungkin virus ni jugalah yang menjadi punca keputusan Bahasa Melayu bagi subjek PMR semakin merosot.

Untuk Ibu dan Ayah, selagi abang masih waras fikiran ni, selagi itu abang takkan melakukan larangan-larangan yang dah abang tetapkan dalam blog abang, tentu sekali abang tidak akan menjadi seorang perosak bahasa.





Ahad, 5 Februari 2012

Positive vs Negative.

Positive vs Negative. Sebenarnya itu ialah tajuk sebuah buku yang bakal diterbitkan oleh lecturer Law aku. Tukar segala fikiran negative ke positive. Antara quote beliau,




She's a great lecturer and a great motivator. At least, from my POV. Aku tak perlu susah-susah nak pi cari pakar kaunseling kat Hospital Permai dah. Ok, gurau.

Terdetik nak tulis pasal tajuk ni sebab, harapan aku nak dapatkan sebijik motosikal tak kesampaian. Bukan rezeki aku la tu. Betul-betul lepas tak dapat motosikal tu, handphone aku buat hal. LCD terus blackout. Sumpah sedih histeria. Sob, sob.


Duit untuk beli motosikal tu dah plan nak beli satu amplifier untuk guitar aku, terpaksa digunakan untuk beli telephone baru. Syukur, dapat juga jumpa model yang sama, kondisi yang masih lagi baik.

Kalau diizinkan Allah, esok lepas Zohor nanti aku pergi jumpa dengan penjual tu dan usha barang tu dulu. Berkat bersabar, dan tak mudah melenting sebab tak dapat apa aku nak, dapat juga handphone yang sama tapi (mungkin) dalam kondisi yang lebih baik.

Apa-apa pun, sama-sama nantikan event seterusnya.

Isnin, 23 Januari 2012

Kegagalan.

Maaf setelah sekian lama tak dapat update apa-apa. Dengan ketiadaan talian internet, dan juga kehilangan notebook. Kalau dapat line internet yang stabil, InsyAllah, akan update yea.

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.