Selasa, 23 April 2013

Perempuan bila merajuk, tarik muka. Aku bila merajuk?

Letakkan situasi korang semua dalam tempat aku. Pejamkan mata. Pejam sebelah je, nanti nak tak boleh nak baca pula. Ok, pejamkan sebelah mata, sambil baca dan feel what I feel.

Suatu pagi yang indah, matahari tidak terlalu terik, tidak juga terlalu mendung. Aku sedang memetik gitar elektrik semi-acoustic aku. Seperti sebelum-sebelum ini, aku selalu memetik gitar aku pada kadar volume tidak lebih daripada 6/10. Cukup kuat dan mengancam untuk bunyi yang dikeluarkan untuk suasana rumah flat yang ramai penghuni.

Jikalau ibu aku marah sekali pun, aku cuma kurangkan sehingga 4/10. Cukup untuk ibu ku melayan siaran Wanita Hari Ini beliau didapur. Ayah, yang juga berjiwa rock seperti ku, faham 'keperluan' aku untuk melepaskan 'gian' bersama gitar aku, tidak pernah marah langsung kecuali pada waktu Berita Utama dan sebelum waktu azan. Sifat sukakan bunyi yang gempak lagi ohsem juga aku dapat dari ayahanda aku sendiri.

Seperti hari-hari sebelum ini juga, tidak pernah ada jiran yang datang mengadu tentang bising dan sebagainya kerana aku selalu memetik gitar pada waktu orang semua pergi kerja, waktu orang santai. Tetapi ada satu hari itu, berbeza sedikit dari hari biasa, ada tetamu sangat berada dirumahku.

Dan seperti hari-hari sebelum ni juga, aku mula memetik gitar pada satu pagi  pagi yang indah, matahari tidak terlalu terik, tidak juga terlalu mendung. Dengan volume yang rendah dari biasa kerana ada tetamu sedang menonton televisyen sambil melayan anak kecilnya. Tiba-tiba tetamu itu menjerit dan menengking,


"Hoi, bisinglah, boleh tutup tak suara tu!?"

Sedangkan ibu dan ayah aku sendiri tidak pernah marah untuk terus tutup amplifier aku, apa kes orang luar nak suruh aku terus off? Tidak ada langsung permintaan untuk perlahankan volume. Apa kejadahnya semua ini?

Hati seni aku terguris teramat sangat. Sebagai seorang yang mengjangkaui umur dewasa, aku tidak lagi terus melenting dengan marah tak tentu hala. Sebaliknya, aku merajuk terus dengan off terus amplifier aku dan meletakkan gitar aku dengan gaya seperti seorang artis yang mahu pencen.(Dalam hati dah sumpah seranah sebenarnya.)

Baiklah kawan-kawan. Cuba kamu semua beritahu aku, apa perasaan kamu semua, bila kamu sedang melakukan sesuatu yang kamu sangat-sangat minat, tengah 'stim' ni, tetiba ada orang luar datang dan potong 'stim' tu? Apa korang rasa? Sakit tak hati? Sedang mandi dan sambil menyanyi lagu feveret, tetiba ada SYABAS potong paip utama rumah? Apa yang korang rasakan? Jawab sendiri dalam hati.

Dengan menggunakan saki-baki yang ada dari elaun sara diri aku, dan perasaan merajuk didalam hatiku ini, aku pun bertekad untuk membeli satu headphone yang boleh cukup memuaskan kepuasan aku dalam bunyi.




Yes, investment yang aku dah laburkan sangat berbaloi. Review ringkas yang boleh aku berikan untuk headphone ni, 

  • Aku pasang headphone ni kat amplifier 50watt aku, pasang 10/10 volume, master volume, dan semua yang ada, TAK pecah langsung dari segi bunyi gitar aku. Sangat clear. (Tertakluk kepada pickup gitar masing-masing.)
  • Cucuk pada Ipod aku, suara yang dikeluarkan sangat memberangsangkan. Bass cukup ohsem, suara yang sangat jelas, cukup sempurna dari earphone biasa yang aku gunakan. (Juga tertakluk kepada bitrate lagu.)
  • Design yang tidak terlalu besar, tidak terlampau macam budak hip-hop. Sangat stylish bagi aku.

Setiap kali 'tetamu' yang sama ada dirumah, aku cepat-cepat pasang volume tahap maksima sebab aku taknak 'tetamu' tu memanggil aku untuk minta tolong apa-apa. Bagi aku perlu ada win-win situation. Kalau aku takdapat nak main tanpa menggunakan headphone, kau pula tak kan dapat apa-apa bantuan daripada aku. Adil bukan? 

Sejujurnya, aku dapat rasakan kepuasan membeli sesuatu untuk menghilangkan rasa amarah dalam diri aku ni. Tapi tidak macam kebanyakan kaum hawa yang selalu sangat bila stress je nak shopping, bila stress je nak shopping, aku cuma beli benda yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Oh, masa aku beli headphone tu, aku dapat free satu lagi headphone yang harga dia 1/2 dari yang aku beli. Berbaloi-baloi wa kata lu. Hah!

Ahad, 21 April 2013

Bila lelaki di dapur.

Bulan ni, adik aku yang dari JB duduk tinggal di KL dengan aku sebab dia nak kerja kat sini selama satu bulan. Alhamdulillah, adalah juga teman untuk aku kat sini.

Semalam adik aku tak kerja, dan disebabkan kebosanan dan kelaparan aku pun plan nak masak. Masak ape? Dengan nafsu makan yang berbagai-bagai, aku pun decide nak masak nasi ayam.

Sebagai lelaki yang selalunya cuma masak nasi goreng cina, nasi goreng bujang, nasi bujang dan paling cikai pun assist ibu memasak (baca:assist ibu shj), untuk menu macam nasi ayam yang special sikit ni memerlukan aku meminta bantuan dari Google.

4-5 kali baca untuk melekat dalam memori otak aku. Senang je rupanya, simple bangat aih! Tapi barang yang tak cukup semuanya aku suruh adik aku beli. Aku pula bertungkus lumus memotong bawang dan segala yang patut.

Nota untuk sesiapa yang jarang memasak dan baru belajar nak baca resipi;

 lain kali bila baca resipi, tolong baca juga kuantiti dengan tepat. Jangan tengok ada tulis nombor je, dah faham, FAHAM? Sebab aku tak perasan dia kata 2 ulas je bawang putih. Korang boleh agak lah berapa banyak aku sembelih bawang tu. 





Kuantiti tak banyak pun, maklumlah, 2 orang je makan. Cukuplah tu. Selagi aku rasa bahan-bahan boleh disumbat, aku sumbat. Sendiri makan memang kena puaskan tekak secukupnya. Bau pun sedap gila nasi tu!

Selepas beberapa jam menghempas pulas, akhirnya 'Nasi Ayam Rabun' pun siap.

 


Ye, memang ringkas je hidangan aku. Kenapa tak ada sayur? Cili? Aku taknak jawab persoalan tu. Ini adalah cubaan pertama aku. Banyak lagi perubahan boleh dilakukan pada masa akan datang. 

Kesedapan masakan air tangan aku dapat dilihat dari adik aku yang tambah nasi berkali-kali. Kuikuikui. Hang bila nak rasa masakan  'Nasi Ayam Rabun' pula?

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.