Isnin, 24 Oktober 2011

Hobi aku, impian orang lain.

Study mana yang tak stress. Baik kau belajar course accounting ke, culinary ke, psychology ke, confirm akan ada tekanan. Lain orang lain lah cara masing-masing kan.

Tapi, aku pun suka melayan gitar sensorang. Petik gitar dan nyanyi lagu yang aku suka sorang-sorang tanpa ada anasir-anasir yang mengatakan, ' kau takde lagu lain ke? bosan aku dengar lagu same je. ' .

Pffftt.. Suka hati aku la nak ulang soploh, doploh kali. Aku punya suka lah. Bila bosan main sorang-sorang, aku pun ada juga band aku sendiri. Mulanya semua member dari kelas sendiri. Berlaku perubahan kecil . Tapi kitorang masih lagi ok.

Bermula dengan suka-suka. Lama-lama menjadi serius. Bagi aku, ber-jamming ni sekadar untuk release tension. Aku mengambil serius bila berjamming walau pun cuma sekadar untuk happykan diri aku. Tak ada pun niat nak jadi artis. Tak tahu pula kalau ada band member yang nak jadi.




Kitorang masih lagi baru dalam bab jamming ni. Baby steps la orang putih kate. At the end of the day, kitorang enjoy lah jugak. Depends pada performance hari tu.



Kitorang mungkin baru, tak banyak pengalaman dan pengetahuan dalam bab jamming/band. Tapi kitorang cuba belajar sikit-sikit.

Ahad, 23 Oktober 2011

Photoshoot Bersama Lecturer Jul-Nov '11


Dah memang tradisi kitorang di section 9, sejak sem lepas untuk amik gambar kelas kat hujung minggu pembelajaran. Memandangkan pengagihan kelas semester depan mengikut grade masing-masing (khabar angin mengatakan lah.) Tak tahu siapa yang akan bersama semula dan siapa akan berpecah. Apa pun, memories stays, no maater where we goes.








Personal Favourite.

Lu Tak Puas Hati?

Rabu, 19 Oktober 2011

Warkah untuk ibu

Apa khabar ibu. Harap-harap ibu sihat saja di rumah. Sudah lama abang dah menaip di blog ini. Tetiba terfikir tentang ibu, itu yang tergerak hati dan tangan untuk menulis.

Ibu ingat tak abang pernah minta ibu hantarkan abang pergi ke kaunseling? Sebab abang tak nak jadi apa yang abang memang tak nak jadi. Ibu sendiri tahukan? Walaupun ibu sentiasa menyuruh abang untuk menenangkan diri dengan bersolat dan berdoa.

Tapi, apa yang abang nak, cumalah, seseorang untuk mendengar masalah abang, dan mungkin memberikan nasihat kepada abang, itu sahaja.

Alhamdulillah ibu, abang dapat juga berjumpa dengan seseorang di kolej yang dapat membantu abang sedikit sebanyak dalam masalah abang.Dia seorang pensyarah abang dan juga telah banyak mengubah pandangan abang. Pensyarah abang juga pernah kata,

"Kisahkan orang yang kisahkan kita. Yang tak kisahkan kita, biarkan je dia. Jangan sebab kita tak suka sesuatu/seseorang, orang lain yang yang jadi semakin susah."

Ibu, maafkan abang. Selama ini abang tak nak balik rumah sebabkan kedegilan abang. Tapi abang tak terfikir yang ibu memerlukan abang tatkala ibu dalam kesusahan. Abang berasa sangat bersalah kepada ibu.

Abang perlukan orang lain untuk menyedarkan abang. Abang tak tahu betapa sakitnya ibu, atau betapa sedihnya ibu setiap kali abang melukakan hati ibu. Tidak mungkin abang akan faham atau rasa apa yang ibu rasa.

Selama ini abang hanya fikirkan kesusahan abang seorang tanpa memikirkan kesusahan orang lain juga. Syukur alhamdulillah jikalau bukan kerana ada yang sanggup memberikan nasihat kepada abang, mungkin abang masih lagi dengan perangai degil abang tu.

Maafkan abang. Abang tahu yang ibu banyak makan hati dengan perangai dan sikap abang. Abang tak tahu bagaimana hidup abang tanpa ibu. Abang sentiasa terfikirkan benda itu.

Sesungguhnya ibu, abang tahu, berapa banyak kali abang katakan ampun, maaf, tidak semudah itu untuk mengubatkan hati ibu yang dah banyak terluka. Tapi abang tetap akan sentiasa meminta maaf kepada ibu.

Abang menulis ini dengan penuh perasaan emosi, walaupun abang mengharap apabila abang menulis warkah ini, empangan akan pecah, atau pun bocor sedikit. Mungkin hati abang masih lagi keras. Sebab itu empangan ini susah sangat untuk melimpahkan airnya.

Abang sentiasa doakan ibu setiap kali selesai solat seperti yang ibu ingatkan abang selalu. Ibu, tahulah yang abang sentiasa menyayangi ibu, walauapapun.


Ikhlas dari:

Anak mu yang 
keras hati     

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.