Isnin, 12 Disember 2011

Jangan Kompaun Atas Sebab Bodoh, Bodoh!

*Entri ini ditaip dengan perasaan penuh emo.







Ok, korang mungkin tak faham apa fungsi picture kat atas ni. Meh aku briefing sikit.Yang kat (1), aku kena kompaun atas sebab tak pulang kunci hostel. (2) pula, masa aku check-out.

Emo time.First off, aku nak cakap pasal kolej aku. Kolej aku kat Bangi, pandai-pandai la cari takkan semua nak suapkan. Kolej ni memang bab duit, semua nak cepat. Kolej swasta mana yang tak kan? Fine. Customer service? Sucks ball.

Staff? Tak payah cerita lah kalau customer service cam haram. Staff disini TIDAK bermaksud pensyarah. (baca:pensyarah, bukan pengarah.) Aku boleh tahan semua kecelakaan kekurangan kat kolej ni, termasuk lah kelengkapan yang dah kuno yang teramat. Ini masalah serius.

Aku dapat info ni dari web page CMS student yang lain daripada default. Yang default TIDAK AKAN tunjuk bendalah ni semua. Aku emo gila betul bila aku kena kompaun sebab tak pulang kunci bilik. Sebab?

   1. Aku balik sehari selepas paper final aku, iaitu pada 15hb November.
   2. Aku dah cukup baik dah nak check-out guna procedure apa semua.
   3. Isi borang pun aku kena guna pen sendiri. Minah Makcik kat bilik warden tu cakap, "kitorang dah taknak sediakan pen dah, sebab asyik kena curi"           dengan nada macam orang malas nak layan. Ok takpa, aku tahan je.
   4. Oleh sebab staff dalam ofis semua macam nak ambil port pasal budak-budak check-out sibuk, maka, kertas check-out dan kunci belambak atas meja.
   5. Ada ke diorang type in aku check-out 3minggu selepas final paper aku.Diorang buang tebiat? Ke aku yang buang tebiat, duduk kat hostel lama-lama lepas aku dah habis paper?


Aku bukan orang banyak duit macam budak-budak kolej yang lain yang selalu makan duit mak bapak. RM50 tu,duit lah juga. Boleh lepas aku makan seminggu kat situ. Tolonglah jangan puaka sangat.

Warden dah la kaki kencing. Menipu sana sini. Aku duduk situ tak pernah buat hal pun cukup baguslah. Dahlah masalah banyak tak pernah selesai. Kalau ye pun kolej nak kan duit sebab nak cover kerugian branch kolej yang kat tempat lain, perlu ke aku jadi mangsa? Aku still duduk hostel pun sebab tak mampu duduk luar, ni lagi nak perah poket aku.

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.