Jumaat, 13 September 2013

Gaji Beribu-riban

“Kau tak nak kerja ke kat mana-mana sementara menunggu tawaran?”

“Ada kerja gaji RM1xxx. Nak tak? Ada duit poket juga nanti sikit sebelum sambung belajar”

“Banyak mana upah kau dapat tolong ayah kau kat carwash tu pun?..”

                Ni adalah antara berbanyak-banyak dialog yang aku terima sepanjang aku duduk kat rumah sahaja tanpa pekerjaan ‘berprestij’. Sebenarnya aku malu nak minta kerja dengan sijil Diploma aku. Cewahh!

                Maafkan aku kerana berlagak sebegitu. Tapi sebab sebenar yang aku tak nak cari ;


1.       Aku nak berbakti pada kedua-dua ibubapa aku.
Bukan mudah nak dapatkan duit untuk diberi sedikit setiap minggu kepada anak. Sekarang ni aku sendiri merasai kesusahan itu semua, sungguh tersentuh hati ku yang naïf selama ini.

Maut ditangan Allah. Bila-bila sahaja aku atau ibubapa aku boleh diambil ajalnya. Apa salah aku nak membantu mereka buat masa sekarang ni dari dok tergopoh-gopoh nak cari duit semata-mata nak ada duit poket sebelum sambung belajar.

Tak boleh hidup kalau takda duit banyak ke? Mohon belajar hidup dalam keserdehanaan sekarang kerana petrol naik 20sen. Oh hidup diperhambakan dengan kemewahan..

2.       Aku dapat jaga ketepatan waktu solat.
Specialnya kedai cuci kereta ayah aku ni, betul-betul sebelah surau. Setiap kali masuk waktu Zohor dengan Asar, sudah tentu apa jadi pun aku terus ke surau dengan berbekalkan dengan niat menjadi seorang yang ingin pulang ke pangkal jalan (sila terbatuk jika perlu).




Alhamdulillah, sikap punctual solat on-time ni sebenarnya dipupuk oleh senior tempat praktikal aku juga. Semoga dirinya sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt. Terima kasih wahai senior!


                Bukanlah nak kata yang aku ni alim kea pa pun. Saja cuba untuk berubah sebelum diri ni jadi mayat. Waktu tu dah tak mampu nak berdialog dengan malaikat maut cakap, ‘tolong bagi aku taubat sekejap sebelum kau cabut nyawa aku.’ Boleh?


                Doakan lah aku agar menjadi seorang yang lebih baik dari hari ni, hidup dengan iman, mati juga dengan iman, insyaAllah. Mana tahu ada ibu-ibu diluar sana terpana melihat aku sehingga terpana dan mungkin mereka akan bertanya pada aku, adik mahu menjadi menantu mak cik? Fuyoh!


p/s: Madam 'Law' pernah berkata, cukuplah apa Allah berikan padaku. Risau terlebih, mungkin disalah gunakan pula rezeki tu ke jalan yang sempit seperti susur belakang lorong Hj Taib.

Selasa, 23 April 2013

Perempuan bila merajuk, tarik muka. Aku bila merajuk?

Letakkan situasi korang semua dalam tempat aku. Pejamkan mata. Pejam sebelah je, nanti nak tak boleh nak baca pula. Ok, pejamkan sebelah mata, sambil baca dan feel what I feel.

Suatu pagi yang indah, matahari tidak terlalu terik, tidak juga terlalu mendung. Aku sedang memetik gitar elektrik semi-acoustic aku. Seperti sebelum-sebelum ini, aku selalu memetik gitar aku pada kadar volume tidak lebih daripada 6/10. Cukup kuat dan mengancam untuk bunyi yang dikeluarkan untuk suasana rumah flat yang ramai penghuni.

Jikalau ibu aku marah sekali pun, aku cuma kurangkan sehingga 4/10. Cukup untuk ibu ku melayan siaran Wanita Hari Ini beliau didapur. Ayah, yang juga berjiwa rock seperti ku, faham 'keperluan' aku untuk melepaskan 'gian' bersama gitar aku, tidak pernah marah langsung kecuali pada waktu Berita Utama dan sebelum waktu azan. Sifat sukakan bunyi yang gempak lagi ohsem juga aku dapat dari ayahanda aku sendiri.

Seperti hari-hari sebelum ini juga, tidak pernah ada jiran yang datang mengadu tentang bising dan sebagainya kerana aku selalu memetik gitar pada waktu orang semua pergi kerja, waktu orang santai. Tetapi ada satu hari itu, berbeza sedikit dari hari biasa, ada tetamu sangat berada dirumahku.

Dan seperti hari-hari sebelum ni juga, aku mula memetik gitar pada satu pagi  pagi yang indah, matahari tidak terlalu terik, tidak juga terlalu mendung. Dengan volume yang rendah dari biasa kerana ada tetamu sedang menonton televisyen sambil melayan anak kecilnya. Tiba-tiba tetamu itu menjerit dan menengking,


"Hoi, bisinglah, boleh tutup tak suara tu!?"

Sedangkan ibu dan ayah aku sendiri tidak pernah marah untuk terus tutup amplifier aku, apa kes orang luar nak suruh aku terus off? Tidak ada langsung permintaan untuk perlahankan volume. Apa kejadahnya semua ini?

Hati seni aku terguris teramat sangat. Sebagai seorang yang mengjangkaui umur dewasa, aku tidak lagi terus melenting dengan marah tak tentu hala. Sebaliknya, aku merajuk terus dengan off terus amplifier aku dan meletakkan gitar aku dengan gaya seperti seorang artis yang mahu pencen.(Dalam hati dah sumpah seranah sebenarnya.)

Baiklah kawan-kawan. Cuba kamu semua beritahu aku, apa perasaan kamu semua, bila kamu sedang melakukan sesuatu yang kamu sangat-sangat minat, tengah 'stim' ni, tetiba ada orang luar datang dan potong 'stim' tu? Apa korang rasa? Sakit tak hati? Sedang mandi dan sambil menyanyi lagu feveret, tetiba ada SYABAS potong paip utama rumah? Apa yang korang rasakan? Jawab sendiri dalam hati.

Dengan menggunakan saki-baki yang ada dari elaun sara diri aku, dan perasaan merajuk didalam hatiku ini, aku pun bertekad untuk membeli satu headphone yang boleh cukup memuaskan kepuasan aku dalam bunyi.




Yes, investment yang aku dah laburkan sangat berbaloi. Review ringkas yang boleh aku berikan untuk headphone ni, 

  • Aku pasang headphone ni kat amplifier 50watt aku, pasang 10/10 volume, master volume, dan semua yang ada, TAK pecah langsung dari segi bunyi gitar aku. Sangat clear. (Tertakluk kepada pickup gitar masing-masing.)
  • Cucuk pada Ipod aku, suara yang dikeluarkan sangat memberangsangkan. Bass cukup ohsem, suara yang sangat jelas, cukup sempurna dari earphone biasa yang aku gunakan. (Juga tertakluk kepada bitrate lagu.)
  • Design yang tidak terlalu besar, tidak terlampau macam budak hip-hop. Sangat stylish bagi aku.

Setiap kali 'tetamu' yang sama ada dirumah, aku cepat-cepat pasang volume tahap maksima sebab aku taknak 'tetamu' tu memanggil aku untuk minta tolong apa-apa. Bagi aku perlu ada win-win situation. Kalau aku takdapat nak main tanpa menggunakan headphone, kau pula tak kan dapat apa-apa bantuan daripada aku. Adil bukan? 

Sejujurnya, aku dapat rasakan kepuasan membeli sesuatu untuk menghilangkan rasa amarah dalam diri aku ni. Tapi tidak macam kebanyakan kaum hawa yang selalu sangat bila stress je nak shopping, bila stress je nak shopping, aku cuma beli benda yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Oh, masa aku beli headphone tu, aku dapat free satu lagi headphone yang harga dia 1/2 dari yang aku beli. Berbaloi-baloi wa kata lu. Hah!

Ahad, 21 April 2013

Bila lelaki di dapur.

Bulan ni, adik aku yang dari JB duduk tinggal di KL dengan aku sebab dia nak kerja kat sini selama satu bulan. Alhamdulillah, adalah juga teman untuk aku kat sini.

Semalam adik aku tak kerja, dan disebabkan kebosanan dan kelaparan aku pun plan nak masak. Masak ape? Dengan nafsu makan yang berbagai-bagai, aku pun decide nak masak nasi ayam.

Sebagai lelaki yang selalunya cuma masak nasi goreng cina, nasi goreng bujang, nasi bujang dan paling cikai pun assist ibu memasak (baca:assist ibu shj), untuk menu macam nasi ayam yang special sikit ni memerlukan aku meminta bantuan dari Google.

4-5 kali baca untuk melekat dalam memori otak aku. Senang je rupanya, simple bangat aih! Tapi barang yang tak cukup semuanya aku suruh adik aku beli. Aku pula bertungkus lumus memotong bawang dan segala yang patut.

Nota untuk sesiapa yang jarang memasak dan baru belajar nak baca resipi;

 lain kali bila baca resipi, tolong baca juga kuantiti dengan tepat. Jangan tengok ada tulis nombor je, dah faham, FAHAM? Sebab aku tak perasan dia kata 2 ulas je bawang putih. Korang boleh agak lah berapa banyak aku sembelih bawang tu. 





Kuantiti tak banyak pun, maklumlah, 2 orang je makan. Cukuplah tu. Selagi aku rasa bahan-bahan boleh disumbat, aku sumbat. Sendiri makan memang kena puaskan tekak secukupnya. Bau pun sedap gila nasi tu!

Selepas beberapa jam menghempas pulas, akhirnya 'Nasi Ayam Rabun' pun siap.

 


Ye, memang ringkas je hidangan aku. Kenapa tak ada sayur? Cili? Aku taknak jawab persoalan tu. Ini adalah cubaan pertama aku. Banyak lagi perubahan boleh dilakukan pada masa akan datang. 

Kesedapan masakan air tangan aku dapat dilihat dari adik aku yang tambah nasi berkali-kali. Kuikuikui. Hang bila nak rasa masakan  'Nasi Ayam Rabun' pula?

Jumaat, 22 Mac 2013

All is well, all is well.

Sedang best berbual-bual dengan teman, bercerita tentang itu ini, sehingga ke topik ingin memiliki sesuatu, atau mempunyai sesuatu. Satu soalan yang ditanya oleh beliau membuatkan aku mengalami depression yang sangat teruk untuk beberapa minit.

" Ada cukup duit tak nak sangat benda tu?"

Ye wahai rakan-rakan ku yang lain, satu persoalan simple itu, membuatkan aku berfikir sehingga bercelaru dan bercabang-cabang kotak pemikiran aku ni bergerak. Kenapa mesti sebab duit boleh buat seseorang gila?

Waktu itu aku terfikirkan kawan-kawan yang lain yang dah ada sekurang-kurangnya motor, yang senang sikit hidup dorang, ada kereta sudah. Ada yang dah ada kereta DAN motor. Tak kisahlah atas nama ayah ke, moyang ke, sugar daddy ke, yang penting waktu tu aku cuma fikir yang mereka SUDAH ADA.

Sebagai lelaki, ye, perkara itu mengganggu aku pada waktu itu. Aku perlu mula dari bawah, dari tiada apa-apa, pada masa sama, kawan-kawan aku dah berada setapak dihadapan aku! Ah! Ini tidak boleh jadi, kenapa nasib aku macam ni! Berdesis hati aku waktu tu.

Astaghfirullah, sungguh menyesal aku boleh terfikirkan begitu. Waktu tu baru ingat cerita dan juga blog (cerita disini) dari seorang pensyarah aku dulu. "Cukuplah apa yang Allah bagi padaku!" Sudah tentulah benda tu cuma dalam hati je, menjerit pelik pula nanti.

Madam pernah bercerita, rezeki setiap individu telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Lambat ke cepat, lain orang lain cara Allah memberikan rezeki.

Apa lagi yang nak aku minta? Makan cukup, minum cukup, ada tempat tinggal dan yang penting kedua ibu bapa aku masih ada. Selagi aku tak kebulur, kehausan, cukup apa yang Allah berikan pada aku.

Time tu teringat cerita 3 Idiot dan tag line dalam cerita tu, " All is well, all is well"

All is well Ibu, jangan risaukan abang kat sini.


Rabu, 20 Mac 2013

Aku berharap kau datang.

Tak perlu minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas pun pernah jadi insiden serupa. Pernah tak sesiapa diantara kalian yang melakukan sesuatu demi menjaga hati seseorang? Berjanji untuk melakukan sesuatu agar si dia (baca: keluarga, kawan, sahabat) supaya mereka tidak rasa kecil hati jika kita katakan "tidak!"

Semua orang pernah rasanya. In fact, aku selalu sangat buat macam gitu kadang-kadang (bukan nak bangga diri, Ha!). Lebih-lebih lagi jika benda tu adalah tanggungjawab atau pun janji. Ye, dua benda tu bagi aku adalah sangat penting untuk kita semua jaga. Dibawa sampai ke mati ooo.

Masuk balik bab melakukan sesuatu demi menjaga hati orang lain. Jangan terus sangkakan orang yang macam ni buat kerja dengan tidak ikhlas! Jangan sama sekali berfikiran kolot sebegitu. Mereka sanggup menjaga hati korang semua mungkin kerana mereka hargai diri kau. Pernah fikir dari perspektif itu? 




Pernah aku lalui kes macam ni, bila sahabat aku mengajak untuk jamming pada suatu hujung minggu dulu.

Dia : "TiQ, jom jamming minggu ni.. Sangap jamming ni.. "

Aku: "Aku on je, kau ajak lah yang lagi 3 orang tu.. "

Walaupun aku ada plan nak balik JB minggu tu, tapi ditangguhkan bulan depan sebab hobi ni pun sama-sama punya, sejak dari semester 1 lagi.

Beberapa jam kemudian,

Dia: "TiQ, yang 2 dah ok, tapi 1 lagi, tak dapat nak jamming lagi minggu ni.."

Dengan perasaan hampa yang boleh aku nampak, ye lah, kalau dah minggu ke 2 atau ke 3 (tak ingat!) asyik cancel tanpa alasan yang meyakinkan. Sengaja aku besarkan 'lagi' tu sebab dah berkali kan?

Aku tentulah tak nak mengungkit apa dah aku korbankan apa semua, biarlah aku punya. Tapi tak semua orang boleh 'let it go' tanpa terasa gila-gila. Mcm sahabat aku yang seorang tu, sanggup tak pergi game bola tiap-tiap Ahad dia untuk lakukan hobi kitorang bersama ni. 

Ada juga beberapa kes yang dulu-dulu dimana aku lakukan demi kawan, aku namakan 'A'. Tetapi dia 'lari' kemudiannya. Tidak mengapalah kerana aku sudah mengikhlaskan diri aku untuk melakukan perkara itu.

Akan tetapi, aku dapat rasakan, ada juga rakan-rakan 'A' yang lain turut berniat sama seperti aku. Masalah sekarang ni, adakah mereka dapat mengikhlaskan hati mereka? Ataupun mereka berasa diri mereka 'dikhianati' ? Sesungguhnya, aku berasa kasihan dengan rakan-rakan 'A' yang mana mereka juga kenalan aku.

Secara tak langsung, prestasi kerja mereka boleh menurun dan mungkin mereka juga akan 'menarik-diri'? Aku cuba untuk memastikan mereka untuk terus ikhlas melakukan kerja demi diri sendiri juga.




Aku ada baca satu petikan cerita dari buku 'Hidup Bukan Rahsia', hasil Zabrina A. Bakar tentang kebaikan menghulurkan bantuan. Dia menceritakan kisah dalam hadith Nabi Muhammad (s.a.w.) dimana seorang pemuda memberikan minuman kepada seekor anjing dan telah diampunkan dosanya oleh Allah.

Persoalan sekarang ini, adakah kalian seorang yang bersyukur apabila ada orang yang datang membantu anda, seperti si pemuda memberikan air kepada anjing itu? Atau anda seorang yang seperti pemuda itu, suka membantu orang lain?

Listen! Listen! Aku tak ada nak umpamakan sesiapa macam anjing, walaupun dalam cerita ni anjing tu memang ada masalah. Perspektif itu penting. Jangan terus jatuhkan hukuman.


"Seseorang yang membantu saudaranya yang dalam kesukaran akan mendapat balasan daripada Allah di dunia dan di akhirat kelak."
Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, 
Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Hakim 
dengan katanya Sahih menurut syarat-syaratnya.

 

Aku tidak mengharapkan kau semua membantu aku waktu aku eksiden ke, atau tolong rewang ramai-ramai waktu aku nak kahwin nanti. Ha!! Aku cuma harap kalau kau tak dapat datang waktu tahlil aku kemudian, paling kurang sedekahkan aku Al-Fatihah pun sudah cukup. 











Jumaat, 8 Mac 2013

Quit! Kenapa? Twitter~ Homaigod..



Ceritanya aku dulu pernah ada akaun twitter. Pernah ada. Tak tipu, twitter adalah sangat addicted bila kita dah mula serasi dengan application tu. Twitter ni macam diary versi setiap masa dimana kita tweet setiap perlakuan di setiap masa, malah ketika sedang berak.. Berguna juga sebagai kaunselor peribadi untuk luahkan emosi. Tak lupa juga sebagai tempat untuk kaum twitter untuk bermonolog didalam hati macam cerita sinetron tetapi sehinggakan semua orang boleh dengar monolog anda itu. 

Hebat bukan kuasa twitter ini? Marah pada seseorang cuma perlu tweet isi hati anda, dan  woahla! Kemungkinan dalam 3000 follower, 100 yang akan terasa. Ouch! Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, aku terpaksa menghentikan operasi aku di laman sosial ini. 

Kenapa quit Twitter? kawan aku seorang bertanya. Aku tak menjawab pada dia, sebaliknya aku tulis di blog sahaja. Semoga kau terbaca ye kawan.


1.                  Terlalu ramai hipokrit. Terlalu banyak tweet jiwang gelimat tahap puaka.

Hangpa ReTweet tu, Tweet ini, konon berjanji untuk jadi imam sejati? Lelaki ketak tapi alim? Tetapi realitinya, itu semua merepek belaka. Majority tweet users kat page aku adalah kenalan aku sendiri, aku tahulah tahap ke-‘berbualan’ diorang semua tu.

Lepas tu, setiap kali aku buka timeline, mesti ada beberapa mahkluk yang me-‘ReTweet’ tweet jiwang dari beberapa ekor mamat jiwang? Jambu? Serius merepek! Kau baru habis SPM, atau baru je nak masuk Kolej punya stail, bukan main nak tweet pasal kehidupan bercinta? Tolong hidup lama lagi sikit sebelum nak kata korang kenal erti cinta.


2.                  Tempat ‘laki-bini’ merujuk.

Yang ini, aku pelik dan hairan. Aku tahu semua follower yang aku kenal dalam twitter aku belum berkahwin. Terlalu ramai sangat yang dok tweet memujuk, couple anda untuk kembali bersatu. Puihhh. Tak perlulah nak tunjukkan kat seluruh umat Twitter kot. Kalau yang dah betul jalannya, Alhamdulillah semoga jodoh berkekalan. Bagi yang belum ada talian sah, tolong kira bulu dibawah dulu.



3.                  Terlalu banyak complaint dari anak mummy/daddy.

Macam aku cerita, tweet buddies aku majoritinya sama batch, sama-sama sedang ambil praktikal bersama-sama. Akan tetapi, alangkah tidak matangnya wahai rakan-rakan sekalian apabila anda sentiasa merungut dengan tugasan yang diberikan kepada anda walhal benda tu tak perlu nak dinyalakkan pun.

Sedangkan pekerja tetap kat situ pun buat kerja filing, fotostat, ada masa buat kerja yang sedikit diluar bidang juga. Nasib student praktikal dipergunakan, hang nak kecoh pasai pa? Baru tahu erti susah bekerja? Tak cukup mnakan dengan elaun semata-mata? Baru hang tau hidup susah senang.

Tak terkecuali juga kepada mereka yang sentiasa meng-condemmed hidup kamu semua sendiri hanya sebab rintangan dan halangan kehidupan yang kecil. Cuba tester aje tu dik oii. Jangan mimpi nak berumah tangga kalau fasal makanan kawasan hostel tak variety, tu nafsu saka belaka bukan kerana makanan tak cukup.


4.                  Objektif hancur.

Inilah sebab yang paling utama diantara kesemua di atas. Objektif aku untuk twitter telah lebur sama sekali. Sebab utama aku buat twitter adalah untuk melarikan diri daripada mereka yang berada di-facebook. What’s the point bila semua join twitter sedangkan aku sedang lari dari mereka semua?

Ye, internet ini untuk semua, APA HAK AKU NAK HALANG DEPA SEMUA? Jawapannya, tidak ada. Oleh itu lebih baik aku sahaj yang mengundurkan diri. Sekian.~



Sekarang ni aku cuma aktif pada facebook sebab kat sana aku banyak komuniti aku sendiri, banyak juga bahan ilmiah yang selalu aku kongsi-kongsi dengan rakan group aku. Secara faktanya, di facebook juga lebih senang untuk mengadakan perbincangan kumpulan (bagi yang full utillizekan facebook je lah)






Selasa, 5 Mac 2013

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, fikir sendiri.

Entri kali ini cuma ingin berceritakan tentang penggunaan masa yang secara umumnya semua perlu peka dan tidak sewenang-wenangnya membazirkan hanya kerana kita beranggapan, " ala, esok lusa pun ada masa lagi.. "

Punca: Selepas ambil baucer buku tempoh hari, aku gunakan masa ini untuk jumpa kawan-kawan yang sempat aku jumpa, lepak, bercerita, kongsi pengalaman praktikal, pengalaman bekerja semua itulah. Ada seorang kawan aku praktikal juga, tetapi bila diceritakan, dia tidak langsung buat kerja yang berkenaan dengan bidang akaun. Cuma buat filing dan kerja ofis lain. Yang lagi buat aku terkejut bila dia boleh cakap,

"Ala, takpe, nanti waktu degree barulah aku buat praktikal betul-betul..."


Saat-saat 'Apakah??" Aku waktu tu.

Dengan rileknya beliau bertutur. Fulamak, dengan tanpa dan tidak pernah segan silunya aku pun 'menasihati' kawanku seorang ini. Sesungguhnya, betapa ruginya kalau sekarang ini tak buat betul-betul dan mengharapkan yang masa datang. 

Aku nak beritahu prinsip penggunaan masa aku sendiri. Ini sendiri punya cara, tak sesuai, jangan kutuk. Komen pembaharuan aku sangat terima. 

PERTAMA, kenapa tak gunakan masa dan peluang yang ada sekarang ini untuk buat dengan bersungguh-sungguh? Sebagai contoh, kalau kau diberikan sesuatu tugas sekarang, kenapa mesti ada mindset yang cakap, "kalau aku siapkan awal-awal pun, nanti bukan ada kerja untuk aku. Kena tunggu juga.." Berhenti! Bila kau dah siap awal, masa yang kau ada kau dah boleh tumpukan untuk perkara lain, ataupun kau boleh rileks kan? Cepat pun kerja mestilah MANTAP. Jangan buat kerja macam sampah. 

Macam kes kawan kita kat atas, bila 6 bulan sekarang kau dah membazirkan, nak mengharapkan 6 bulan praktikal waktu degree kau akan berkualiti? Sedangkan rakan-rakan yang lain sudah dapat 'kualiti' sewaktu Diploma, dan InsyaAllah, akan di-polishkan lagi bila Degree. Mereka akan ada pengalaman 1 tahun yang sangat berkualiti, adakah pengalaman yang cuma 6 bulan itu cukup untuk tandingi mereka yang ada setahun pengalaman?

Nak tunggu kerja bertimbun macam ni baru nak start?

KEDUA, kau tahu ke 'masa depan' kau yang rasa kau ada tu, PASTI akan ada? Contoh kau kata " esok aku free, boleh je buat..", boleh kau pastikan kau free? Mungkin kau tak sampai ajal, mungkin ada timbul isu yang terpaksa kau gunakan masa free kau tu. Fakta sekarang ni, kau tak boleh nak mengagak masa depan kau. Jadi, gunakanlah masa sekarang ni sebaik-baiknya. Isikan dengan benda yang berguna. Contoh macam kat atas tu, yakin sangat ke kau akan ambil degree? Kalau kau ambil degree pun, ykain ke kau akan dapat ambil praktikal atau pun yakin ke kau akan buat bersungguh-sungguh juga? Fikirkan.


KETIGA, bila buat sesuatu tugas, tak kiralah tugasan kerja ke, belajar ke, apa-apa pun. Planning itu penting. Plan awal-awal, apa perlu buat lepas ni, macam mana nak selesaikan tugas sekarang dengan jaya dan senangnya. Bila dah selesai, boleh pula planning untuk benda seterusnya. Macam mana seorang surirumah yang berjaya boleh buat macam-macam kerja sekali gus, tapi masih siap on-time ? Planning. Tanyalah ibu korang, kalau beliau seorang suri rumah atau sesiapa pun macam mana mereka multi-tasking.



Oleh itu, ingatlah wahai kawan-kawan, tak kira jika sekarang korang sedang belajar ke, bekerja ke, berkeluarga ke, hargailah masa sekarang. Jadikan masa sekarang berkualiti, bukan kosong~kosong Najwa Latip tu. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang aku nak berjaya bersama-sama InsyaAllah.

Isnin, 4 Mac 2013

Baucer Buku 1Malaysia BB1M.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia diucapkan kepada pembaca semua. Ehem.. berita hari ini berkisarkan tentang...

Habis dah siaran berita tadi. Balik ke dunia realiti aku. Baucer buku, Yeay! Bernilai RM250, double Yeay! Untuk mahasiswa/siswi, Yeay lagi! Walaupun aku tahu ramai dikalangan pelajar kolej/Universiti yang lain dah dapat, kolej aku baru je mula edarkan hari Rabu yang lepas. Alhamdulillah, dapat juga bukan tak dapat langsung.

Untuk kes seperti yang tengah praktikal, kolej beri peluang untuk kes macam kitorang ni untuk ambil pada hari Sabtu. (Dia buka sampai tengah hari je, maklumlah, siapa suka kerja pada hari Sabtu kan.)Oh lupa, kad siswa pun diberikan waktu tu juga, tapi aku dah ambil 2minggu awal. Hewhewhew :3 Terima kasih kepada kerajaan untuk baucer buku ini dan tak lupa juga kepada pembayar cukai. Tanpa cukai anda, mana mungkin kami akan dapat baucer ni.


5 keping RM50 baucer dan satu nota. Tapi rasanya ramai je yang tak ambil tahu.



Tidaakkk!! Ada kaum yang kata ini rasuah, haram. Untuk yang katakan haram, kau ada ambil baucer ni atau yang sama waktu dengannya? Kalau ada, apa kau berbual macam lembu? Kalau tidak ada, teruskan boikot anda itu, aku tak ganggu. Yang aku tahu, jatuh haram bila dah diamanahkan untuk beli buku dan sebagainya, tapi kau jual untuk dapat cash dan joli sana sini dengan tujuan lain.

End of story, gunalah baucer buku seperti yang telah diamanahkan. Kalau nak lagi tambha pahala, belanjalah adik-adik atau keluarga guna baucer tersebut, pahala dapat, hati pun gembira. Adios.


*Saving duit aku bulan ni boleh buat beli alat-tulis yang aku nak.




Khamis, 28 Februari 2013

Game paling susah.


~Bertahun sudah ku meninggalkan bidang blogging ini.

Ok, reality. Aku busy, malas, tak ada internet connection adalah antara masalah yang menyalurkan sel-sel malas kedalam diri aku ni. Akan tetapi, sebab utama yang paling membuatkan aku terbantut nak taip apa-apa adalah masalah keyboard laptop aku yang banyak sangat button penting yang rosak. Serius hatiku sakit.

Untuk entri kali ni, aku cuma nak memberitahu akan kejayaan aku dalam menghabiskan 6 level game yang paling manis lagi annoying yang diberikan oleh cikgu-cikgu tersayang. 


Ya, game yang disebutkan adalah seperti gambaran diatas. Hadiah hari jadi aku yang lepas. Hohoho, rasanya inilah hadiah yang pertama aku dapat selain dari keluarga terdekat aku sendiri. Terharu sungguh ni Mdm, Miss. Terkeluar air mata demi untuk memberikan impak kepada cerita ni. Hohoho.





Inilah antara post mortem setiap level yang ada. Mula-mula ingatkan nak buka molek-molek. Bila Nampak wrapping pun memang disengajakan begitu, maka niat yang murni tu terpaksa dibatalkan.


                                    

Selepas penat menempuhi semua level, inilah hadiah untuk pemenangnya. Info yang tak berguna adalah memberi tahu korang semua dimana tempat, masa, tarikh dan harga buku ni dibeli. Info yang berguna adalah nota manis diakhir muka surat dalam buku ini. Sebenarnya aku dah lama simpan hadiah ni. Sayang nak buka, tapi teringin nak tahu isi kandungannya.


Terima Kasih kepada cikgu-cikgu tersayang atas hadiah yang anda semua berikan. Maafkan saya atas segala gurauan kasar. Perli-memerli pun menambahkan kemesraan juga, lagi pedas lagi mesraa~~.. Hahaha

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.