Ahad, 8 Jun 2014

Brisbane, University of Queensland dan Australia

Post yang lepas cerita  tentang nak berlepas pergi Bumi Kangaroo. Ini sambungan selepas dan mendarat pula. Gambar betul-betul lepas mendarat tak ada sebab lambat sangat sangkut kat imigresen. Diorang jakun tengok  belacan agaknya, sebab tu anjing pengesan langsung tak pergi kat luggage kitorang semua.


Kemain lama tersangkut kat sini.

Lebih kurang berlepas dari Malaysia pukul 10:45 pagi, tiba di Brisbane Airport pukul 8:59 malam. Malam tu kitorang bertiga (kami ber-tiga dari program MARA yg sama-sama, fly pun sama-sama) menumpang teduh kat rumah senior. Jumlah semua pelajar baru sampai termasuk kitorang kat dalam rumah tu je dah 7 orang. 2 lagi sampai hari Ahad nanti.


Waktu pagi di Brisbane. 6 pagi.


Hari Jumaat esoknya, waktu tu lah nak buat akaun bank baru, lapor diri kat Uni (sini semua guna online beb.), inspection rumah, pindah pergi rumah senior yg luas sikit. Nak cari rumah sewa yang dalam budget kitorang bukan main susah lagi kat sini.



Budak-budak SPC MARA Lepasan Diploma.

Belanja diri makan burger panggang Halal di Toowong Village.



Nevertheless, Alhamdulillah jumpa juga rumah yang sebelum ni pelajar Malaysia duduk. Luas, besar, dalam budget yg penting. Dah hantar dan sain kontrak, tunggu nak dapat kunci rumah dan isi dengan perabot apa yang patut.


Board Uni yang besar amat.

Jumaat, 6 Jun 2014

Katak Keluar Tempurung, Akhirnya.

Bila anak sulung dapat rezeki belajar luar negara, satu family nak datang hantarkan skali. Bak kata ibu, bukan selalu dapat pergi jalan jauh-jauh kalau bukan sebab macam ni. Waduh, sedih sungguh statement ibunda aku ni.

Ini antara gambar-gambar sebelum berlepas ke Brisbane, Queensland, Australia.




Auntie ni yg melayan kerenah aku dari baby lagi.




Tak lupa juga, lecturer yang paling dihormati dan disayangi, Sir Nasir Nazri dengan rakan kerja sama turun naik waktu buat event dulu, Fazira Diana yang sudi datang untuk kononnya 'farewell' berair mata. Tak lupa juga kawan-kawan dan tenaga pengajar, terima kasih atas ucapan anda, minta maaf juga sebab flight waktu pagi bekerja.




Bergambar satu family sebelum masuk ke departure gate. Kurang sorang ahli keluarga yang tengah bertungkus lumus menimba ilmu.







Alhamdullillah bersyukur pada Allah SWT untuk rezeki yang diberikan. Tak lupa juga pada ahli keluarga yang sentiasa menyokong diri ini dari awal sehingga kini. InsyaAllah berjumpa lagi.. 2 tahun lagi.. Minimum..





Jumaat, 9 Mei 2014

Mencuba untuk merangkak kembali

Assalamualaikum,

Dah lama tak post apa-apa kat sini (lagi). Sejak entri terakhir aku pada tahun lepas, terlalu busy dengan proses sambung belajar, tolong family kat rumah etc. Biar aku bagi rumusan untuk apa yg dah berlaku dan situasi aku sekarang. Maklumat lebih terperinci akan di masukkan dalam entri kemudian hari.

Alhamdulillah, dengan rezeki dari Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku berjaya juga sambung belajar di The University of Queensland, Australia. Wohooo, Yeaahhh!! (bunyi efek bunga api). Penat lelah dari segi fizikal dan kewangan turun naik KL-JB bajet dekat macam belakang rumah akhirnya membuahkan hasil juga Tak lupa juga terima kasih pada Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas tajaan pembelajaran.





Tinggal di kawasan St Lucia, Brisbane. Sekarang ini masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran dan gaya hidup sini, kalau nak ikutkan tak banyak beza pun dengan Malaysia. Tapi yang penting, sistem pembelajaran kat sini atau mungkiun kat mana-mana University adalah jauh berbeza berbanding waktu aku Diploma dulu. Serious!



Waktu aku sedang menaip entri sekarang ialah musim luruh, tapi dah hujung-hujung nak masuk winter(kot?). Memang sejuk gila malam-malam, average bawah 15 darjah celcius tambah-tolak. Pernah cecah 8 darjah celcius. Belum lagi masuk musim sejuk.Aku dah berjalan-jalan kat tempat pusat pelancongan macam Gold Coast, Surfers Paradise, Movie World etc. Insyaallah diceritakan sikit-sikit kemudian.









Tapi benda paling best yang amat aku jakun gila kat sini ialah, baring atas rumput! Maklumlah di Australia tak ada kucing-anjing liar berak merata-rata, rumput dorg pun memang syiok untuk duduk santai gitu. Kau boleh duduk hampir di mana-mana kawasan berumput (yang bersesuaian lah) sambil lagak feel macam dalam movie gitu.



Setakat ini, pembelajaran intelektual dan kehidupan banyak menyedarkan aku yang masih ada banyak lagi yang perlu aku belajar. Moga-moga dipermudahkan segala urusan aku disini.



p/s: Personal observation; Sifat ke-Melayu-an disini masih tegar dan sangat, untuk sesetengah orang.


Jumaat, 13 September 2013

Gaji Beribu-riban

“Kau tak nak kerja ke kat mana-mana sementara menunggu tawaran?”

“Ada kerja gaji RM1xxx. Nak tak? Ada duit poket juga nanti sikit sebelum sambung belajar”

“Banyak mana upah kau dapat tolong ayah kau kat carwash tu pun?..”

                Ni adalah antara berbanyak-banyak dialog yang aku terima sepanjang aku duduk kat rumah sahaja tanpa pekerjaan ‘berprestij’. Sebenarnya aku malu nak minta kerja dengan sijil Diploma aku. Cewahh!

                Maafkan aku kerana berlagak sebegitu. Tapi sebab sebenar yang aku tak nak cari ;


1.       Aku nak berbakti pada kedua-dua ibubapa aku.
Bukan mudah nak dapatkan duit untuk diberi sedikit setiap minggu kepada anak. Sekarang ni aku sendiri merasai kesusahan itu semua, sungguh tersentuh hati ku yang naïf selama ini.

Maut ditangan Allah. Bila-bila sahaja aku atau ibubapa aku boleh diambil ajalnya. Apa salah aku nak membantu mereka buat masa sekarang ni dari dok tergopoh-gopoh nak cari duit semata-mata nak ada duit poket sebelum sambung belajar.

Tak boleh hidup kalau takda duit banyak ke? Mohon belajar hidup dalam keserdehanaan sekarang kerana petrol naik 20sen. Oh hidup diperhambakan dengan kemewahan..

2.       Aku dapat jaga ketepatan waktu solat.
Specialnya kedai cuci kereta ayah aku ni, betul-betul sebelah surau. Setiap kali masuk waktu Zohor dengan Asar, sudah tentu apa jadi pun aku terus ke surau dengan berbekalkan dengan niat menjadi seorang yang ingin pulang ke pangkal jalan (sila terbatuk jika perlu).




Alhamdulillah, sikap punctual solat on-time ni sebenarnya dipupuk oleh senior tempat praktikal aku juga. Semoga dirinya sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt. Terima kasih wahai senior!


                Bukanlah nak kata yang aku ni alim kea pa pun. Saja cuba untuk berubah sebelum diri ni jadi mayat. Waktu tu dah tak mampu nak berdialog dengan malaikat maut cakap, ‘tolong bagi aku taubat sekejap sebelum kau cabut nyawa aku.’ Boleh?


                Doakan lah aku agar menjadi seorang yang lebih baik dari hari ni, hidup dengan iman, mati juga dengan iman, insyaAllah. Mana tahu ada ibu-ibu diluar sana terpana melihat aku sehingga terpana dan mungkin mereka akan bertanya pada aku, adik mahu menjadi menantu mak cik? Fuyoh!


p/s: Madam 'Law' pernah berkata, cukuplah apa Allah berikan padaku. Risau terlebih, mungkin disalah gunakan pula rezeki tu ke jalan yang sempit seperti susur belakang lorong Hj Taib.

Selasa, 23 April 2013

Perempuan bila merajuk, tarik muka. Aku bila merajuk?

Letakkan situasi korang semua dalam tempat aku. Pejamkan mata. Pejam sebelah je, nanti nak tak boleh nak baca pula. Ok, pejamkan sebelah mata, sambil baca dan feel what I feel.

Suatu pagi yang indah, matahari tidak terlalu terik, tidak juga terlalu mendung. Aku sedang memetik gitar elektrik semi-acoustic aku. Seperti sebelum-sebelum ini, aku selalu memetik gitar aku pada kadar volume tidak lebih daripada 6/10. Cukup kuat dan mengancam untuk bunyi yang dikeluarkan untuk suasana rumah flat yang ramai penghuni.

Jikalau ibu aku marah sekali pun, aku cuma kurangkan sehingga 4/10. Cukup untuk ibu ku melayan siaran Wanita Hari Ini beliau didapur. Ayah, yang juga berjiwa rock seperti ku, faham 'keperluan' aku untuk melepaskan 'gian' bersama gitar aku, tidak pernah marah langsung kecuali pada waktu Berita Utama dan sebelum waktu azan. Sifat sukakan bunyi yang gempak lagi ohsem juga aku dapat dari ayahanda aku sendiri.

Seperti hari-hari sebelum ini juga, tidak pernah ada jiran yang datang mengadu tentang bising dan sebagainya kerana aku selalu memetik gitar pada waktu orang semua pergi kerja, waktu orang santai. Tetapi ada satu hari itu, berbeza sedikit dari hari biasa, ada tetamu sangat berada dirumahku.

Dan seperti hari-hari sebelum ni juga, aku mula memetik gitar pada satu pagi  pagi yang indah, matahari tidak terlalu terik, tidak juga terlalu mendung. Dengan volume yang rendah dari biasa kerana ada tetamu sedang menonton televisyen sambil melayan anak kecilnya. Tiba-tiba tetamu itu menjerit dan menengking,


"Hoi, bisinglah, boleh tutup tak suara tu!?"

Sedangkan ibu dan ayah aku sendiri tidak pernah marah untuk terus tutup amplifier aku, apa kes orang luar nak suruh aku terus off? Tidak ada langsung permintaan untuk perlahankan volume. Apa kejadahnya semua ini?

Hati seni aku terguris teramat sangat. Sebagai seorang yang mengjangkaui umur dewasa, aku tidak lagi terus melenting dengan marah tak tentu hala. Sebaliknya, aku merajuk terus dengan off terus amplifier aku dan meletakkan gitar aku dengan gaya seperti seorang artis yang mahu pencen.(Dalam hati dah sumpah seranah sebenarnya.)

Baiklah kawan-kawan. Cuba kamu semua beritahu aku, apa perasaan kamu semua, bila kamu sedang melakukan sesuatu yang kamu sangat-sangat minat, tengah 'stim' ni, tetiba ada orang luar datang dan potong 'stim' tu? Apa korang rasa? Sakit tak hati? Sedang mandi dan sambil menyanyi lagu feveret, tetiba ada SYABAS potong paip utama rumah? Apa yang korang rasakan? Jawab sendiri dalam hati.

Dengan menggunakan saki-baki yang ada dari elaun sara diri aku, dan perasaan merajuk didalam hatiku ini, aku pun bertekad untuk membeli satu headphone yang boleh cukup memuaskan kepuasan aku dalam bunyi.




Yes, investment yang aku dah laburkan sangat berbaloi. Review ringkas yang boleh aku berikan untuk headphone ni, 

  • Aku pasang headphone ni kat amplifier 50watt aku, pasang 10/10 volume, master volume, dan semua yang ada, TAK pecah langsung dari segi bunyi gitar aku. Sangat clear. (Tertakluk kepada pickup gitar masing-masing.)
  • Cucuk pada Ipod aku, suara yang dikeluarkan sangat memberangsangkan. Bass cukup ohsem, suara yang sangat jelas, cukup sempurna dari earphone biasa yang aku gunakan. (Juga tertakluk kepada bitrate lagu.)
  • Design yang tidak terlalu besar, tidak terlampau macam budak hip-hop. Sangat stylish bagi aku.

Setiap kali 'tetamu' yang sama ada dirumah, aku cepat-cepat pasang volume tahap maksima sebab aku taknak 'tetamu' tu memanggil aku untuk minta tolong apa-apa. Bagi aku perlu ada win-win situation. Kalau aku takdapat nak main tanpa menggunakan headphone, kau pula tak kan dapat apa-apa bantuan daripada aku. Adil bukan? 

Sejujurnya, aku dapat rasakan kepuasan membeli sesuatu untuk menghilangkan rasa amarah dalam diri aku ni. Tapi tidak macam kebanyakan kaum hawa yang selalu sangat bila stress je nak shopping, bila stress je nak shopping, aku cuma beli benda yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Oh, masa aku beli headphone tu, aku dapat free satu lagi headphone yang harga dia 1/2 dari yang aku beli. Berbaloi-baloi wa kata lu. Hah!

Ahad, 21 April 2013

Bila lelaki di dapur.

Bulan ni, adik aku yang dari JB duduk tinggal di KL dengan aku sebab dia nak kerja kat sini selama satu bulan. Alhamdulillah, adalah juga teman untuk aku kat sini.

Semalam adik aku tak kerja, dan disebabkan kebosanan dan kelaparan aku pun plan nak masak. Masak ape? Dengan nafsu makan yang berbagai-bagai, aku pun decide nak masak nasi ayam.

Sebagai lelaki yang selalunya cuma masak nasi goreng cina, nasi goreng bujang, nasi bujang dan paling cikai pun assist ibu memasak (baca:assist ibu shj), untuk menu macam nasi ayam yang special sikit ni memerlukan aku meminta bantuan dari Google.

4-5 kali baca untuk melekat dalam memori otak aku. Senang je rupanya, simple bangat aih! Tapi barang yang tak cukup semuanya aku suruh adik aku beli. Aku pula bertungkus lumus memotong bawang dan segala yang patut.

Nota untuk sesiapa yang jarang memasak dan baru belajar nak baca resipi;

 lain kali bila baca resipi, tolong baca juga kuantiti dengan tepat. Jangan tengok ada tulis nombor je, dah faham, FAHAM? Sebab aku tak perasan dia kata 2 ulas je bawang putih. Korang boleh agak lah berapa banyak aku sembelih bawang tu. 





Kuantiti tak banyak pun, maklumlah, 2 orang je makan. Cukuplah tu. Selagi aku rasa bahan-bahan boleh disumbat, aku sumbat. Sendiri makan memang kena puaskan tekak secukupnya. Bau pun sedap gila nasi tu!

Selepas beberapa jam menghempas pulas, akhirnya 'Nasi Ayam Rabun' pun siap.

 


Ye, memang ringkas je hidangan aku. Kenapa tak ada sayur? Cili? Aku taknak jawab persoalan tu. Ini adalah cubaan pertama aku. Banyak lagi perubahan boleh dilakukan pada masa akan datang. 

Kesedapan masakan air tangan aku dapat dilihat dari adik aku yang tambah nasi berkali-kali. Kuikuikui. Hang bila nak rasa masakan  'Nasi Ayam Rabun' pula?

Jumaat, 22 Mac 2013

All is well, all is well.

Sedang best berbual-bual dengan teman, bercerita tentang itu ini, sehingga ke topik ingin memiliki sesuatu, atau mempunyai sesuatu. Satu soalan yang ditanya oleh beliau membuatkan aku mengalami depression yang sangat teruk untuk beberapa minit.

" Ada cukup duit tak nak sangat benda tu?"

Ye wahai rakan-rakan ku yang lain, satu persoalan simple itu, membuatkan aku berfikir sehingga bercelaru dan bercabang-cabang kotak pemikiran aku ni bergerak. Kenapa mesti sebab duit boleh buat seseorang gila?

Waktu itu aku terfikirkan kawan-kawan yang lain yang dah ada sekurang-kurangnya motor, yang senang sikit hidup dorang, ada kereta sudah. Ada yang dah ada kereta DAN motor. Tak kisahlah atas nama ayah ke, moyang ke, sugar daddy ke, yang penting waktu tu aku cuma fikir yang mereka SUDAH ADA.

Sebagai lelaki, ye, perkara itu mengganggu aku pada waktu itu. Aku perlu mula dari bawah, dari tiada apa-apa, pada masa sama, kawan-kawan aku dah berada setapak dihadapan aku! Ah! Ini tidak boleh jadi, kenapa nasib aku macam ni! Berdesis hati aku waktu tu.

Astaghfirullah, sungguh menyesal aku boleh terfikirkan begitu. Waktu tu baru ingat cerita dan juga blog (cerita disini) dari seorang pensyarah aku dulu. "Cukuplah apa yang Allah bagi padaku!" Sudah tentulah benda tu cuma dalam hati je, menjerit pelik pula nanti.

Madam pernah bercerita, rezeki setiap individu telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Lambat ke cepat, lain orang lain cara Allah memberikan rezeki.

Apa lagi yang nak aku minta? Makan cukup, minum cukup, ada tempat tinggal dan yang penting kedua ibu bapa aku masih ada. Selagi aku tak kebulur, kehausan, cukup apa yang Allah berikan pada aku.

Time tu teringat cerita 3 Idiot dan tag line dalam cerita tu, " All is well, all is well"

All is well Ibu, jangan risaukan abang kat sini.


Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.