Dah lama tak post apa-apa kat sini (lagi). Sejak entri terakhir aku pada tahun lepas, terlalu busy dengan proses sambung belajar, tolong family kat rumah etc. Biar aku bagi rumusan untuk apa yg dah berlaku dan situasi aku sekarang. Maklumat lebih terperinci akan di masukkan dalam entri kemudian hari.
Alhamdulillah, dengan rezeki dari Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku berjaya juga sambung belajar di The University of Queensland, Australia. Wohooo, Yeaahhh!! (bunyi efek bunga api). Penat lelah dari segi fizikal dan kewangan turun naik KL-JB bajet dekat macam belakang rumah akhirnya membuahkan hasil juga Tak lupa juga terima kasih pada Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas tajaan pembelajaran.
Tinggal di kawasan St Lucia, Brisbane. Sekarang ini masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran dan gaya hidup sini, kalau nak ikutkan tak banyak beza pun dengan Malaysia. Tapi yang penting, sistem pembelajaran kat sini atau mungkiun kat mana-mana University adalah jauh berbeza berbanding waktu aku Diploma dulu. Serious!
Waktu aku sedang menaip entri sekarang ialah musim luruh, tapi dah hujung-hujung nak masuk winter(kot?). Memang sejuk gila malam-malam, average bawah 15 darjah celcius tambah-tolak. Pernah cecah 8 darjah celcius. Belum lagi masuk musim sejuk.Aku dah berjalan-jalan kat tempat pusat pelancongan macam Gold Coast, Surfers Paradise, Movie World etc. Insyaallah diceritakan sikit-sikit kemudian.
Setakat ini, pembelajaran intelektual dan kehidupan banyak menyedarkan aku yang masih ada banyak lagi yang perlu aku belajar. Moga-moga dipermudahkan segala urusan aku disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan