Sabtu, 24 September 2011

Unstable Inside

Just like the title said, I am in a bit unstable emotion right now. Sorry, for not updating my blog for quite a while. Haven't got any materials to write on.

Here I am, living my everyday misery life normal life, fighting throught every obstacle that came on me. blehh.

Enough blabbering. Got to get myself ready for tomorrow. Night. Wish me luck fighting my own unstableness.

Isnin, 12 September 2011

Bergembira Di Taman Tema Genting Highland

Kalau hari tu aku ada letak satu gambar dekat Genting Highland. Sekarang ni aku nak full story pulak. Seawal pukul 7 pagi aku dah bangun bersiap-siap. Plan pukul 8 top dah kena ada kat KTM. Terlanjur setengah jam je pun, apa salahnya.

Disebabkan hari tu hari Isnin, macam tak logik tiket bus naik genting boleh habis awal kan. Memang dah penuh pun bus pukul 10 setengah punye. Next trip pulak pukul 11 setengah. Pak cik tu pulak cakap trip dari KL Central ke Gentin ambil masa 2 jam. Mana syiok pukul 1 setengah sampai sana, belum kira masa naik cable car dan jalan pergi outdoor sana.

Last-last, kitorang decide naik teksi aje pergi sana. RM25 seorang kira murah la juga kot. Uncle teksi pun cakap, tiket outdoor mungkin kurang dari RM30. Tiket bus + cable car balik baru RM9. Roughly RM60 lah expenses semua. Kalau pakej RM47 siap tiket bus pergi balik + cable car + tiket outdoor. Mahal sikit je kalau nak dibandingkan sampai sana pukul 2, apa je boleh main?



Kitorang sampai kat sana lebih kurang pukul 12 tengah hari gitu. Lambat sikit sebab Uncle teksi tu bawak kitorang survey seluruh tempat situ. Korang tahu tak, pekerja Genting ada lebih kurang 12 ribu pekerja? Tak termasuk pekerja Am. Wow! Informasi. Dah sampai je, kitorang dapat tahu yang tiket berharga RM46. Woot?! Nak buek camno, bayo je la.
 


Lepas semua dengan keadaan menarik muka dalam keadaan terpaksa mengeluarkan belanja lebih, kitorang pun menyerang permainan pertama di depan mata kitorang. Buaian Kematian. Tak, tu bukan nama sebenar. Tahukah kamu semua, kitorang semua belum lagi sarapan apa-apa. So, naik bende-alah ni confirm tak kan termuntah, sebab tak ada apa-apa nak dimuntahkan. Wakakaka. Tak lawak. Pening? Tanya dua orang dibawah.




Selepas semua dah memuntahkan ayat-ayat kegembiraan. Semua beralih ke Kapal-Menjerit. Tak seram mana pun kat sini. Tapi kat sini lah ada terdengar jeritan histeria yang entah datang dari mana aku pun tak tahu,



On the way nak pergi ke stesen berikutnya, kitorang diserang oleh kumpulan-kumpulan badut. Salah, kitorang yang serang badut tu. Tapi ada sorang dalam grup kitorang yang kena serang. Ada yang menyerang, ada yang diserang. Kitaran hidup.


Yang ni, benda paling best yang ada kat sini. Aku panggil ni, Pelancar Roket.
Okey, nama macam bangang, sebab aku tak kreatif bab-bab bagi nama ni. Bende-alah ni sungguh syiok, sampai aku naik 2 kali. Bagi yang tangki penuh tu, sila jangan naik selagi tangki anda tidak kurang dari 25% untuk mengelakkan orang bawah terkena tempias hujan buatan anda terima kasih.






Yang ni, Roller-Coster. *Kering idea dah. Yang ni, bolehlah tahap best die. Naik 2 kali jugak. First aku menjerit macam kekanak Rebina mendapat patung Rebina Limited Edition . Langsung tidak menakutkan. #Serius. Tapi masih lagi best la.



Lepas tu kitorang pun cecube bende-alah lain yang ada. Sampai pukul 5 petang. Seperti barisan kawan St. John, kami berkawad ke stesen kabel car.







Peringatan.
# Makanan kat sini sangatlah mahal. Bawak bekal sebelum datang.
# Kalau rasa diri tu kuat, sila makan atau sarapan dulu. Kalau tidak, cuba jangan. Takut termuntah. Belum ada pun nampak kes gitu. Nak jadi yang pertama?
# Kosongkan tangki anda untuk tujuan keselesaan sendiri.
# Bagi yang kulit gelap macam aku, korang tak pakai baju sejuk pun tak mengapa.
# Kitorang yang datang pukul 12 pun main tak cukup masa. Pukul berapa agak-agak baru puas?
# PALING PENTING!! Lain kali bawak kamera dari rumah, jangan lupa bawak CHARGER sekali! LAgi-lagi bila kamera bateri tinggal separuh. Naya!

Selasa, 6 September 2011

Melancong dan Melencong

Raya tak puas lagi dah kena balik kolej. Macam mana nak start belajar kalau mood masih lagi dalam mood beraya. Maafkanlah daku wahai mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik ku semua kerana anak saudara mu ini terpaksa pergi menimba ilmu semula.

Syukur Alhamdulillah, ayah aku nak menghantar aku balik ke Bangi. Gilo eyh, bawak balik dua beg je, datang sini bawak lima beg. Tak perlulah nak bagitau apa yang banyak sangat aku bawak, meleleh air liur korang nanti kang. Sebab aku bawak kuih. Ehh, terbagitau pulak. Hahahaa.

Aku balik hari Sabtu, sebab adik aku kena pulang hostel hari Ahad pula. Highway tak jem, memang best. Malas aku nak balik Bangi dengan jem atas highway. Seksa!.

Tengah hari aku dah sampai hostel. Letak barang-barang aku semua dalam bilik, terus pergi rumah Auntie Zila aku nak beraya. Auntie aku pun ada order kek dari ibu aku. Adalah tujuan nak ke sana.

Lepas tu, ayah aku tetiba plan nak pergi rumah Mak Ngah aku kat Titiwangsa sana. Kat sana, adik kecik aku, Sheba teringin sangat nak try naik LRT. Ayah aku kata, "lepas beraya nanti, bawaklah adik-adik aku naik LRT, nanti ayah amik dekat Masjid India" katanya.

Entah macam mana, last-last, satu family pergi Masjid India naik LRT ramai-ramai. Kereta parking kat stesen LRT situ. Last naik LRT ramai-ramai pun time Sukan Komanwel tahun 1998 dulu. Aku baru 6 tahun beb! Mestilah excited gila. Bukan selalu dapat keluar satu family ramai-ramai macam ni.

Nak tulis panjang-panjang diari perjalanan aku buat apa, tengok gambar dah la. Picture speaks a thousand words yeow!







Ahad, 4 September 2011

Lebaran Aidulfitri 1432H

Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang untuk menyambut aidilfitri tahun ni. Dah sebulan tak dapat makan di siang hari. Sekarang dah dapat dahh. Lenjan semua!!

Raya tahun ni macam biasalah, tak adakes gaduh-gaduh antara kedua ibubapa pasal kampung siapa nak beraya dulu sebab kampung dekat-dekat aje. Pagi belah satu, petang belah satu lagi. Demokrasi bukan?

Kalau tiga tahun dulu, aku breakdown pagi-pagi raya sebab demam panas. Pagi raya ni, mata aku bengkak sebaik aku bangun pagi. Adehh, Tak best sungguh nak beraya gini. Terima kasih kepada tangan aku yang juga menggatal-gatal menggaru mata aku yang tengah gatal-gatal. Makin teruk leh jadinya.

Takpe, yang penting aku masih boleh pergi menunaikan solat aidilfitri dan, beraya sambil mengutip duit raya bagi yang sudi memberi. Aktiviti pagi diisi dengan sesi bermaaf-maafan seisi keluarga, sepupu-sepapat, atuk nenek semua belah ibu aku. Lepas tu, baru sesi mengambil gambar. Banyak ohh.


Tak banyak aku boleh upload, sebab gambar banyak yang blur. Ayahanda ku terlupa dia terguna manual focus. In the end, gambar banyak yang out of focus.Lepas bergambar, pecut pula ke kampung ayah aku. Macam biasa, aktiviti bermaaf-maafan dan bergambar, ramai-ramai bergerak ke rumah sanak-saudara. Dah lewat petang baru pergi cari klinik nak servis mata aku ni. Tapi tak pergi klinik pun. Pergi kedai ubat cina yang lama, apa diorang panggil, Sinsei? Gitulah. Aku lagi suka ubat kat situ, cepat baik semua sakit wakatalu. Masa aku demam tiga tahun lepas tu, aku pergi jumpa sinsei tu lah, tapi ubat dia, gila PAHIT! Esoknya mata aku dah susut gila. Barulah boleh beraya gitu.

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.