Isnin, 21 November 2011

Cari

Sekarang ni, aku tengah pening kepala fikir kan masalah kat otak aku. Malas nak kusut-kusut. Aku nak buat satu shortlist untuk kurangkan kusut-musut kat kepala aku ni.

Nak intro lebih-lebih pun dah malas, sekarang ni aku nak cari,

1)   Cari kerja part time.
2)   Cari duit untuk beli motor untuk kemudahan aku sendiri.
3)   Cari teman/kaunseling.
4)   Cari pasal.

Kau mencari? Aku pun sama. Aku nak blah dulu, solat.



p/s: Kawan aku ada tanya aku semalam.
       Kawan :  Kau tak pula nak tambah cari awek?
          Aku  :  * Pandang * 
 

Khamis, 17 November 2011

Galeri Jamming.

Post ni adalah dari koleksi sewaktu penggambaran kat entri Hobi Aku Impian Orang Lain




Maaf gambar tak cantik semuanya. Salah aku time ni sebab tak setting camera awal-awal. Sorry guys.

Rabu, 16 November 2011

#Wordless Wednesday : Terima Kasih, Panda.



Sambutan Ulang Tahun

Beberapa hari yang lepas, adalah birthday seorang mahluk Allah, aku la tu. Tepat pukul 12, dapat ucapan hari jadi. *senyum. Disusuli kemudian dengan nyanyian hari jadi dari Mohd Azman's children. Kebetulan adik diorang pun birthday sama dengan aku. Dan tak ketinggalan, ahli "Trio" yang lagi satu juga mengucapkan hari jadi.

Macam biasa, takkan ada kek hari jadi apa semua. Yang dijemput pun sekadar saudara-saudara terdekat sahaja.Setiap tahun yang boleh aku ingat hari jadi aku disambut, satu menu yang wajib ada atas meja.Kalau tak ada, bukan sambutan hari jadi AtiQ namanya. Iaitu Pulut Kuning.!


Sumber : Google


Ye, pulut kuning. Sebab aku nak bagi saka aku makan memang seingat dari kecik lagi, asal hari jadi aku je msti ada pulut kuning, asal pulut kuning je mesti hari jadi aku. Kalau Ibu terlupa, mesti aku ingatkan. Walaupun kadang-kadang bukan betul-betul teringin tapi itu menu wajib. Maaf Ibu kalau abang terlalu memaksa, setahun sekali saje kan. hehe

Selain tu, makanan berat-berat lah. Takkan makanan ringan je, tetamu datang complaint tak kenyang nanti. Tahun ni, ada lah Spaghetti, kuih-muih semua. Mother's made okay. Sayang Ibu!

Sheba pula, beriya-iya nak belikan aku hadiah. Maklumlah, budak 7tahun, bukan birthday dia pun excited gile. Lagi-lagi abang kesayangan die. Adik aku, Asyif pun bagi aku hadiah, tak sangka, serius. Of course la tunjuk yang aku tak suprise langsung. Muahahaha


*Pooh & Kad dari Nur Sheba Huda.
*Phone Pouch dari Muhd Asyif.


Ibu dan Ayah, cukuplah sekadar ucapan. Itu pun sudah memadai bagi aku. Aku pun tak sempat nak bagi hadiah apa-apa pun hari jadi mereka yang lepas. 

Rakan "Trio" aku pun ada. Lebih dari cukuplah tu. Tak kurang juga, yang ucap di wall fb aku.



Selasa, 15 November 2011

Tamat satu lagi bahagian.

Final dah habis, masa untuk balik ke rumah, Satu masalah selesai, pergi kepada masalah yang seterusnya. Hidup, tanpa masalah, bukan masalah namanya.

InsyaAllah lepas ni dapat update blog selalu. Bukannya ada ramai pembaca kat blog aku pun, ye ndak? At least, aku tau aku ada pembaca setia. *syiok sendiri.

Hey! Sekarang ni cuti, masa untuk cari duit. Kerja apa ye boleh aku buat.?

Jumaat, 4 November 2011

DARAcula Dikalangan Manusia

Sejak kebelakangan ni, aku nampak, ramai budak perempuan/wanita menjadi manga DARAcula ni. Serius, virus ni merebak dengan cepatnya dikalangan budak-budak kolej.

Mungkin virus ni akan merebak dan akhirnya terjadi macam Zombieland. Cuma kat dalam cerita ni, Daraculaland. Woot!?

Makann Budokkk!!

Sediakan parang, kapak dan jack-hammer, aim kepala dulu apa-apa hal pun. Tak payah nak beremosional sangat, depa semua dah jadi zomba zombie, tak payah menggedik nak rasa kesan.

Okay, masa untuk serius. Virus yang aku nak cakap ni, gigitan dari DARAcula nakharam. Ye, gigitan 'cinta' yang menjadi kegilaan untuk showoff-er sekarang ni.

Bangga sangat? Pfftt

"Hekelehh, kau jeles lettueww tak ada girlfriend nak buat lovebites."

Meh aku nak bagitau korang beruk-beruk sekalian. Jealous? Hoi kurang pandai, kau tahu malu tak? Malu kat ayah ibu kau dulu lah wei.Kalau ibu ayah kau restu perbuatan kau tu, serious face palm kau family kau. Menate beghuk.

Ada yang bila time buat benda-alah haram tu, tak fikir pula malu. Bila time pergi kolej, bukan main nak cover sana, cover sini, apa kes? Malu? Pergi mati.

Ada pula yang lagi best, siap betah lagi,
" Yang diorang semua nak amik port kenapa? Biarlah dia nak buat apa kat aku, dia kan boyfriend aku."
Epic win slut, yes, you are one. Lepas ni, boyfriend kau nak tumpang tidur sebilik dengan kau, kau pun bagi je, atas alasan, dia boyfriend kau. Wao!

Come on lah girls, all girls, tak kira lah tudung ke tak, tak payah nak kata group mana lagi baik, mana lagi teruk. Semua sama.

Tolonglah jangan jadi murah sangat please? Kau ingat kau dah bagi semua, laki tu stay kat kau? Aku lelaki, so aku tau lah. Sekali kau dah bagi, kau dah takde nilai. Simple.




Repect aku akan hilang kepada orang yang aku sangka 'baik' dan tak kan sampai melampau, tapi akhirnya,tersungkur juga.



Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.