Ahad, 28 Ogos 2011

Nostalgia Kad Raya.

Kad Raya. Siapa yang tak happy bila dapat Kad Raya dari kawan-kawan kan? Ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu, superduper excited gile nak bagi kad raya kat kawan-kawan. Ada yang bagi pos, ada yang bagi tangan. Kenangan dahula kala.

Sekarang ni, dah tak ramai dah orang yang nak bagi kad raya. Semua bagi thru SMS,MMS, or Facebook etc. Lepas raya, text tu semua kena delete sebab tak cukup memori. Ucapan tu kadang-kadang cuma efektif bila sms diterima. Lepas tu, mana nak ingat dah.



Ye la, bagi kad raya ni kan makan kos. Aku pun rasa gitu. Tapi takpa, raya rahun ni, aku decide nak bagi kad raya. Mestilah tak semua. Kos tuu. Ada lah beberapa orang. Maaf kepada sesiapa yang tak terbagi.


Bagi kad raya dah 'kuno' katanya,
Nak menghantar pula makan kos dan masa.
Tapi ramai yang telah terlupa,
Memberi kad raya itu lebih istimewa.





#kalau dulu nak pos baru 30sen, sekarang dah naik 50sen. ouh yea? siapa kesah?


Sabtu, 27 Ogos 2011

Mencari Duit Untuk Beraya

Allah SWT memberikan aku rezeki pada aku sesudah aku tiba di JB. Auntie aku offer aku part time, untuk aku cari duit raya katanya. Heh, aku tersenyum gembira lah macam biasa.

Aku cuma bekerja sebagai 'store-boy' saja. Ok lah. Buat apa nak merungut, 'belajar susah nak cari duit' bak kata Auntie aku. Ye Auntie, AtiQ tak pernah complaint pun. Bagus tak?


Aku ni bukannya macam korang yang senang-lenang duduk kat rumah dan minta duit dari ibu bapa bila tak ada duit. So, janganlah dok bising kat aku 'kenapa kau kerja doh?, Tak penat ke?, Puasa baik duduk rumah rehat, buat apa penat-penat?'

Hoi! Aku kerja dapat duit halal, aku rasa bangga dan puas bila aku dapat duit hasil titik peluh aku sendiri. Korang apa tahu?

Auntie aku menggunakan perkhidmatan aku untuk beberapa hari saja. Sebab aku masih ada tanggungjawab aku untuk bantu ayah aku kat car wash dia. Sebagai seorang anak kenalah bantu ayah dia walaupun apa-apa pun bukan?

Harap-harap rezeki car wash ayah aku dapat lebih pelanggan sempena Hari Raya ni, Amin~



#Tak kira berapa banyak duit aku dapat, mesti rasa sayang giler nak gunakan. Hahaha. In the end of the day, aku still kena guna juga. Duit simpan lama mana pun akan terguna dan akan habis. :)

Isnin, 22 Ogos 2011

Triplesome

Ohh terbaikk. Pagi pukul 8 nanti aku ada exam IT, pukul 2 lepas tu pula ada lagi exam, Management Accounting, dan pukul 4 lepas tu pun ada lagi test, Law. Aku pula boleh curi-curi masa untuk berblogging pula. Gempak lah kau tiQ!

Itu lah, masa awal-awal dulu tak nak prepare, kelam kabut bila test. Perut dah isi awal-awal prepare untuk esok. Tak payah nak bangun sahur, cukup untuk bangun solat subuh.

Kepada kawan yang telah aku meminta pertolongan kamu untuk mengejutkan diri ini di pagi hari esok, aku amat menghargai pertolongan mu itu. Ohoho.

Moga-moga semua usaha ciput yang telah aku lakukan dapat membantu aku tatkala test esok. Amin~


#serius aku rasa cuak midterm esok. Ahhhh.

Rabu, 17 Ogos 2011

Jom Sahur Bersama Saya!

Aku ni type yang kurang makan makanan yang berat-berat bila sahur nanti (awal-awal aje gedik nak mampos).

Oleh kerana aku ni gila roti, aku pun selalu lah beli roti 60sen yang sekarang ni dah naik 70sen kat kedai lepas selesai solat Magrib

Kuantiti mesti tiga biji, sebab sahur selalunya aku telan dua. Yang satu tu, macam biasa, gonvermant tax yang makan. Jalan balik dari kedai ke hostel boleh tahan jauh juga, nak cover penat berjalan, kena telan sebijik roti. Hahaha.

Dan bila kedai tu tutup, apa aku nak makan sahur nanti? Ni je la bekalan terkahir yang ada dalam bilik aku.

Ni kurma, jangan fikir bukan-bukan!

Kenapa aku letak dalam bekas gula? Sebab aku takkan letak kat balang susu pula, siapa yang nak makan kurma balut susu oi. Lagipun, ada binatang yang cuba nak curi kurma aku, SEMUT!. Sengaja aku letak kurma dalam balang gula, bagi lagi terliur sama itu semut. *evil laugh*




#First time aku makan kurma. Sedap ohh. Serius rugi tak makan dari dulu lagi. Aku ni sebenarnya jenis tak makan buah-buahan. hahaha


Selasa, 16 Ogos 2011

Berjalan-jalan Di Kuala Lumpur #2

Sambungan dari yang #1.

Tiket yang bertarikh 23 August 2011, pada jam 1200 dan berharga RM31.20. Tiket cable car Genting ke? Hangguk mu. Tiket balik rumah untuk cuti raya nanti lah. Selesai satu masalah dah.


Perhentian seterusnya, Kuala Lumpur. Kat sini, kitorang ikut haluan masing-masing. Rooomate aku dengan awek die. Aku pula, dengan aku je lah. Plan nak jumpa kawan kat BTS dibatalkan. So, aku pun teruskan perjalanan sulung aku ke KL.

Dengan berbekalkan RM1.70, aku pergi ke kaunter LRT dan memilih destinasi perhentian aku, Masjid Jamek. Kenapa tak aku pilih Bandaraya aje? Sebab memang aku suka jalan jauh-jauh sambil menyusahkan dan memenatkan diri sendiri di bulan puasa ni. Serius. Siapa yang pernah ikut aku jalan-jalan kat KL, mesti kata aku ni gila sebab jalan tak reti nak berhenti. Maafkan aku kerana terlalu mengikutkan perasaan sendiri semasa berjalan-jalan. Hahaha.

Alhamdulillah, semasa aku sampai kat stesen perhentian tu, hujan turun dengan kadar yang sedikit kurang dari lebat. Plan nak survey Petaling Streets dan merehatkan diri di sekitar Pasar Seni terpaksa dibatalkan.

Yang tinggal cuma area sekitar Masjid India, Jln TAR dan SOGO. Okaylah, dari takda tempat langsung. Hujan yang turun sedikit sebanyak mengurangkan kadar hidrasi berbanding semasa cuaca panas terik. Cantekk.

Gerai yang jual goreng pisang dengan air jagung tidak kelihatan tatkala di bulan Ramadhan kat area Masjid India ni. Siapa yang nak beli ye ndak melainkan yang tak puasa. Aku memang tak ada pun niat nak membeli-belah. Jadinya, setiap kedai yang aku kunjungi, aku belek-belek aje. Belum ada kepentingan untuk membeli.

'Hari ni kan hari Sabtu!' tetiba je otak aku bercakap.

Ye, aku pun baru teringat masa tu, ada pasar malam kat Jln TAR. Woot Woot. Time tu dah tak hujan dah, shantekkk, boleh usha-usha apa ada. Guess what? Jalan jammed oohh. Sampai tak boleh nak gerak. Memang best!

Selit punya selit, dapat gak aku keluar dari situ, belum cukup satu per tiga gerai aku usha. Kesesakan lalu lintas kat situ sungguh menggerikan. Belum tambah yang boleh membatalkan wuduk dan mengurangkan pahala puasa.

Destinasi seterusnya, SOGO. Function? Shopping? Oh tidak sama sekali. Aku ni mana ada suka shopping-shopping ni, bila tak ada apa-apa nak beli dan tak ada wang lah. Tapi serius, kalau tengok diskaun-diskaun yang ada, macam nak beli aje semua.

Hari tu hari bertuah aku. Masa aku baru aje melabuhkan punggung aku di depan SOGO tu, seorang pak cik yang aku tunggu-tunggu tiba dengan kehadiran gitar hijau nya, tambourine yang diletakkan molek di kakinya dan satu bekas yang menyerupai topi diletakkan dihadapannya

Ye, ni la favourite spot aku. Duduk disini sambil melihat street performer melakukan persembahan mereka. Aku ambil minat ni dari ayah aku. Ayah aku juga sukakan street performer sebegini. Mungkin kalau hari biasa, lagi syok kalau ada keropok lekor.

Pic

Sedang pak cik tu syok nyanyi, gitar pula putus tali. Aku hampa sekejap. Nasib baik pak cik tu ada tali spare. Tak lama lepas tu, seorang gadis melayu, berambut paras leher, berbaju belang jingga dan putih, tampil kedepan menghulurkan pemberiannya dan me-request lagu. Lagu Kau Ilhamku, feveret aku ohh.

Masa lagu tu dah nak habis, gerimis pula. Aku pun hulurkan lah takat mana yang aku mampu dan stay sampai lagu tu habis. Aku tengok geng-geng gadis tadi tu tepuk tangan, secara tak langsung aku pun terikut sama. Pak cik tu stay untuk main lagi satu lagu walaupun hujan dah nak lebat. Respect. Aku pula terus masuk dalam SOGO, mencari roomate ku yang terpisah.


In the end, aku beli juga satu baju sebab tak nak buat trip ni macam kosong aje.

Ada lebih satu jam lagi nak berbuka, oleh kerana tak nak berbuka fast food macam KFC, kitorang pun berbuka lah kat kedai makan kompleks sebelah SOGO macam yang disyorkan oleh roomate aku yang sorang lagi.

Aku nak tengok pak cik tu buat persembahan lagi. =/

#Nasib baik tren balik UKM tak seksak macam masa aku pergi.




Ahad, 14 Ogos 2011

Berjalan-jalan Di Kuala Lumpur #1

Semalam pukul 12 aku pergi jalan-jalan kat area KL dengan roomate aku. Roomate aku jenjalan dengan awek die, aku sorang-sorang je, maklumlah, aku tak hot. Eceyhh.

Kitorang naik public transport aje, KTM, maklumlah, tak ada transport sendiri. Bagi yang tak pernah tahu suasana naik Komuter ni, selalunya, time Sabtu Ahad, memang korang akan jadi macam sardin dalam tin, xkira apa brand pun.

yang bulat tu tempat aku bertolak and bintang tu tempat aku nak turun.


Pukul 1220 gitu, first Komuter yang sampai aje aku tengok memang dah full habis, so kitorang tunggu aje lah train yang satu lagi. 30min interval untuk setiap train. Oh, lagi satu pasal KTM ni, diorang memang tak punctual, kalau nasib kena tunggu satu jam, memang nikmat. Tren lepas tu sampai lebih kurang pukul 1250. Syukur tak la penuh sangat time kat stesen aku tunggu.


Sebelum aku nak pergi KL, kitorang kena pergi stesen Bandar Tasik Selatan untuk book tiket balik raya nanti. Kang lambat beli, beraya lah kat KL nanti. Ada 2 stesen sebelum stesen BTS.

bulat tu tempat aku start, bintang tu destinasi aku



Bila sampai aje stesen Kajang, Komuter yang aku naik ni, BREAKDOWN! #apakejadahharam. Masa kat Kajang aje dah cukup aku jadi macam sardin. Bila Komuter breakdown, aircond pun tak ada lah. Tambah dengan sesak lagi, korang bayangkan aje lah rimas, panas dan bau die macam mana. Aku pun tak tahu kenapa nak dekat 15minit boleh dok dalam Komuter tu sebelum aku jadi orang pertama keluar untuk mendapatkan udara yang segar. Lepas tu, barulah mahluk-makhluk Allah yang lain turut keluar sama.

Bila yang tu dah breakdown, kena naik lah Komuter yang lain. Bila penumpang kat Komuter rosak tadi + dengan penumpang yang baru sampai, korang buat lah kira-kiraan sendiri berapa ramai ye. Bila aku naik Komuter yang baru sampai tu, Tak boleh bernafas wo! (tu cuma hiperbola nak tunjuk yang memang sempit giler)

Nak tak nak kena lah tahan sampai stesen Serdang. Jauh nak mati tu! Ingat lagi yang aku bold kat atas tu? Ha, kalau nak tahu, stesen Serdang ni la yang selalu memang ramai gile orang. Masa tren tu berhenti kat sini lah, ada lah sikit pertunjukan bagi memecahkan kebosanan didalam tren.

Undang-undang bila tren berhenti bukan ke kena bagi penumpang keluar tren dahulu, baru lah yang lain masukkan? Tapi bila ramai orang mementingkan diri sendiri, tak reti nak bagi orang lain keluar dahulu, sudah tentu menimbulkan perasaan tak puas hati individu tertentu.

Macam si Mat Pakistan yang malang ni, sama ada dia paksa masuk juga atau pun dia halang laluan keluar tu, tak pasti, tapi yang penting memang orang susah nak keluar! Ada cina (ke melayu?) 'sound' la si Pakistan ni, si Pakistan ni boleh pula sound balik. Apa lagi, adegan tumbuk-menumbuk, tendang-menendang berlaku. Mula-mula sorang aje yang belasah, tapi entah macam mana ntah ada extra kaki tangan muncul.

Kesian kat Pakistan tu? Tak ada. Standard lah, umpulan minoriti sentiasa ditindas, tak kira dimana pun. Lagipun dah dia pergi nak 'sound' setepek balik buat apa? Biarkan sudehh. Tapi kesiankan kat pakcik, makcik yang menyaksikan keadaan tersebut, sungguh tak beretika.

Oh, Mat Pakistan tu berdiri depan aku aje, sepanjang journey aku ke BTS, dia senyap aje seribu bahasa. Bagus.

Pada pukul 0150 dan seepas beberapa jam dan peristiwa, sampai juga aku kat BTS. Time tu, ramai dah faham bahasa, bagi ruang untuk orang keluar dulu.



*Agaknya nak kena tengok orang lain kena belasah sebab tak ikut peraturan dulu barulah semua nak ikut kot?








Sabtu, 13 Ogos 2011

Shaiton dalam bilik aku.

Dalam bulan puasa ni, setiap amalan kita akan digandakan pahala. Bangun pagi dengan niat nak pergi kelas pun satu ibadah, termasuklah buat assigment. Buat ibadah dapat pahala, bila dapat pahala bolehlah masuk syurga. Anda SALAH sama sekali, atau dua! Bukankah kita sepatutnya buat sesuatu demi Allah Taala dan bukannya kerana nak masuk syurga? Apa-apa pun, mai aku perkenalkan shaiton-shaiton yang ada dalam bilik aku di bulan yang masih ramadhan ni.


Taiko setan dalam bilik aku. Ye, memang kecik aje. Sengaja aku bawak notebook ni. Kalau yang kecik ni dah boleh buat aku selalu ter-alpa, apatah lagi yang besar. DotA, Fifa, fuhh, syiokk habiss..



#2 Darl - Yang ni pun sekor lagi. Kalau aku dah muak melayan si taiko, aku confirm pergi dakap si Darl ni dan menyumbangkan suara aku yang sumbang ni. Aku ada gitar aje, tapi petik tu ke laut selalunya.



#3 Bata/Brick - Okay, yang kat atas ni, bukan batu-bata yang buat rumah korang tu. Ni la bantal aku, dimana tempat untuk kepala aku rehat. Tak seperti bantal kommersial yang lain, yang ni lagi kompak dan senang untuk dibawa kemana-mana. Dan juga selesa. #serius.



#4 Raket. Aku bukan penjual raket okay. Dan tak semua raket tu aku punya, tolong jagakan saja. Bila aku tengah sangap bersukan, 5jam pun aku boleh main badminton ni tau.


Bila shaiton-shaiton di dah menghasut aku, confirm, kalau ada assigment ke apa, semua boleh lupa.



Sabtu, 6 Ogos 2011

Lupa Diri.

Okay, hari ni aku tetiba ada rasa kesedaran diri sikit. Tak tahu kenapa, mungkin sebab bulan Ramadhan, bulan yang mulia, so hati pun lembut lah sikit, sikit. Kot.. Dah terlampau lupa diri sangat dah, kritikal.


Duit, kemewahan, kesenangan. Kat dalam hati kita semua nak benda tu semua. Kalau boleh semua pakaian nak branded, baru. Nak keluar sana sini. Karaoke, shopping, etc.

Kalau tengok orang lain ada barang baru atau dapat sesuatu( pertolongan ke dll..), kadang-kadang diri pun ada rasa nak juga. Yang tak ada tu, alhaldulillah. Yang ada niat tu, kalau cuma niat sahaja tak apa lah, jangan sampai jeles sangat dengan orang lain sampai buat fitnah ke apa ye.

Bak kata Mak Long aku, ain orang lain cara Allah beri rezeki ye ndak. Tak perlulah kita rasa cemburu dengan orang lain bila dia dapat apa yang kita tidak kan?


Kadang-kadang kita ni cuma nak merungut kat kekurangan yang kita ada. Empunya blog pun tak kadang-kadang pun gitu juga. Bila kita rasa cemburu tu, pernah tak terfikir, kalau kat luar sana, ada juga orang lain yang rasa cemburu kat kita sebab kita ada sesuatu yang diorang tak ada?

In the end, berbalik kepada macam mana yang Mak Long aku pernah bagitau aku dulu, lain orang lain rezeki dia. Kadang-kadang kita ada yang orang lain tak ada, orang lain pun ada something yang kita tak ada.

Jadi, tak perlulah sampai mengata macam-macam pasal orang tu dapat itu ini tapi kau tak dapat. Cuba pandang dari sudut lain, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dari sudut yang berbeza. Cuma perlu sedarkan diri sikit, dan jangan asyik fikir dari skop negatif aje,


*Akhirnya aku dapat juga makan murtabak special kat bazar rumah aku. :D Tak adalah kempunan murtabak aje.

Rabu, 3 Ogos 2011

Hari ke-3 Ramadhan

Alhaldulillah aku berjaya menempuh 2 hari dibulan Ramadhan dan sedang menempuhi hari ke-3 di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ceyh, cakap macam tengah nak berperang. Ye, berperang dari melihat awekz-awekz yang lalu lalang dengan pakaian yang cukup mengghairahkan sehingga mata aku tidak lepas untuk melihat dan mulut aku tidak lari dari mengutuk atau memuji atau mengeji.

Syukurlah bazar Ramadhan kat depan hostel aku ni tak ada aweks-aweks yang menjaja, juadah untuk berbuka puasa. Abih tu yang budak-budak kolej yang membeli tu pakai seksi-seksi kau tak tengok pula? Kalau yang terpandang tu, tengok je la, dah terlintas dalam jarak penglihatan kan? Kalau tak lagi bagus aku cari juadah berbuka aku dulu, karang habis, menyanyi tak berlagu ye?

Dalam bulan Ramadhan ni juga lah ada saje masalah yang akan timbul. Contoh? Berapa hari bulan cuti puasa ke raya start? Coppp, bukannya aku ni anak mak atau anak manja, sikit-sikit fikir nak balik rumah jumpa mommy and daddy.

TAK! Aku bukannya anak-anak manja seperti kebanyakan collegemate yang tak habis-habis nak balik tiap-tiap minggu/hari sebab rindukan family yang dari hari Isnin tidak bersua muka. (nota: padahal hari ni baru je khamis.) Tak apalah, anak mak kan, kena la manja tiap minggu. -'Yeayy, kitew balik uma kitew (lagi) minggu ni  (mcm minggue lepas). Huhu, enduw nyew kitew kat family kitew, mcm dh lame sgt tak jumpew.'
*FACEPALM

Tujuan aku nak tahu tarikh cuti tu sebab aku nak beli tiket bus awal, maklumlah, aku ni kan anak terbuang (merantau). Tak ada privelege untuk balik rumah tiap-tiap minggu/hari via kenderaan sendiri/awam dengan kos rendah macam korang semua.

Tiket wajib dibeli awal untuk mengelakkan kehabisan tiket pulang ke kampung nanti. Kalau habis? Raya kat KL dengan Auntie aku aje lah. Ade Aku Nak Kisah? Pandai-pandai lah kena survive sendiri kan bila dah merantau ni, orang kata, timba pengalaman daripada kesilapan dan kesusahan.

Aku pun tak faham kenapa kolej tidak beritahu tarikh cuti awal-awal. Haish, menyusahkan aje. Tak apa lah, diorang punya kerja, diorang aje lah tahu kenapa dan mengapa tak boleh keluarkan notis tu. 

Plus assigment yang ditangguhkan dan yang tak sengaja dilupakan, kusut kepala oii. Hari-hari seorang pelajar kolej. Normal lah tu, dilanda masalah sentiasa, hahaha, buat lawak gelak sendiri.


- Sejak aku menjadi perantau ni, banyak benda baru yang aku tahu. Sebagai contoh, shopping raya, definisi shopping raya aku cuma beli baju melayu, songkok, kain samping, butang etc. aje. Rupanya, yang tu shopping BAJU RAYA, meaning, baju melayu lah. Shopping raya tu untuk selain beli baju melayu, macam baju casual, kasut bola, bola, etc. Digayakan di depan sepupu sepapat. Haha, kampung gile aku ni.
.

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan.

Hanya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Semoga semua berpuasa dibulan ramadhan yang mulia ini.

Adiozz~~

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.