Ahad, 24 Julai 2011

Filem Flat 3A

Last week aku dengan classmate decide nak pergi tengok movie kat Alamanda, alang-alang petang tu class cancel, dan class pagi esok pun cancel, enjoy lah wei!

Selepas bergaduh siapa yang kene pakai helmet MS tanpa visor. Kitorang pun teruskan perjalan.(macam lah jauh sangat nak menjelajah).

Dalam banyak-banyak pilihan movie yang ada seperti Harry Potter and The Deathly Hallows Part II, Larry Crown, Transformer 3D, kitorang pilih lah Flat 3A. Sebab ada yang tak tengok Harry Potter Part I, dan ada yang tak nak tengok cerita omputeh Larry tu.

Flat 3A aje lah pilihan terbaik. Walaupun aku sebenarnya dah tawar hati nak tengok cerita seram melayu (sebab aku hampa gila bila tengok cerita Mantra dulu). Tapi, sejak aku dah cuba tengok KL Gangster dulu, dan puas hati, aku pun cakap kat diri sendiri, ' alah, tiket RM7 aje pun, anggap je lah aku bayar tuk tidur '

Hah! Serius cerita die bosan, macam-macam cara duduk aku buat. Menyangap? (bukan sangap bende, sangap ngantuk) Tak terkira. Nak tidur? Kalau effect die tak kuat sangat, dah lama aku terlelap.

Sumpah cerita ni bosan gile. Kalau macam cerita hantu biasa, takat ada hantu, berdialog, kene rasuk/sampuk ada angin misteri tu boleh lagi la aku buka sebelah mata nak tengok. Ini, tetiba ada macam bende alah hitam serang orang. Whatt!!?? Dah tak boleh terima dek akal dah ni.

Ada lah juga diselitkan pengajaran kat dalam cerita ni. Tapi, macam semua tahu, budak-budak sekarang mana nak makan pengajaran sangatkan? Yang sedar tu, Alhamdulillah.

Overall, aku tak kisah keluar duit untuk hangout dengan kawan, berbaloi. Tapi yang movie tu, kalau nak diikutkan memang tak berbaloi  sesen pun. Hey, bukan selalu dapat hangout dengan buddies kan?

Jumaat, 22 Julai 2011

This Is Confidential.

Kalau kawan-kawan korang kata benda alah tu rahsia korang betul-betul paham tak apa maksudnya? Maksudnya benda tu diorang bagitau kau sebab diorang percaya kat kau. SO, RESPECT LA ORANG TU BALIK.




Lagi satu, aku nak cerita pasal privasi. Privasi tu maksudnya something yang someone tu tak nak orang lain tahu. Sebagai contoh, mesej, password, IM dan lagi-lagi diari. Aku jelik tengok orang yang tak reti nak hormat privasi orang lain.

Biarlah apa pun diorang nak tulis kat dalam mesej or IM diorang, atau apa yang diorang nak hide-kan post yang ada dalam facebook ke kat mana-mana, yang korang ni mengatal-gatal nak pergi curi-curi tengok kenapa? Kalau diorang tak tahu tu tak apa lah, tapi kalau dah kantoi? Tak ke kawan korang tu tak kan nak percaya lagi dengan korang? Ehh sial lah.

Kalau yang bermakwe-pakwe tu, fuhhh, bukan main lagi minta password-massword berbagai. Katanya "tak ada rahsia diantara kita ok, Hun?" HOI, geli aku dengar. Tu baru status boyfriend/girlfriend, belum lagi suami isteri.

Meh sini aku nak bagitau korang, boyfriend/girlfriend tu cuma LABEL/STATUS, no more than that. Bila-bila label tu boleh ditarik balik lah, even kau dah bertunang pun, status tu tak lebih macam lesen memandu korang. Ada lesen baru boleh pandu kereta, and bila-bila lesen tu boleh kena tarik kalau dah lebih dimerit. Macam tu jugalah status makwe/pakwe tu.

Berapa peratus aje yang sampai kejinjang pelamin? Ni belum nikah tapi perangai macam orang dah nikah, pegang sana sini, raba sana sini. Astagfirrullahhalazim. Cube adjust sikit perangai tu?

Lepas kau curi-curi tengok privasi orang tu, kau pula nak melenting bila ada kata-kata 'pedas' pasal kau? Yang kau pergi tengok tu kenapa? Kalau kau tak tengok, confirm kau tak tahu kan? Dah tak tahu confirm kau pun tak kan nak mengamuk kan?


Nak kata berdosa mengata belakang? Ye, memang lah berdosa, tapi biarlah diorang tu yang tanggung. Kubur lain-lain bukan? Kau nak buat chain-reaction tu kenapa? Dah la nak marah orang yang kau ngintai, lepas tu kau pun nak marah pula orang yang first hantar mesej tu. Lepas tu kau benci dia, dia benci kau, dan ramai-ramai benci sama-sama. Tahniah.

Come on lah, kau suka orang lain ambil tahu privasi kau? Tak? Sebelum buat apa-apa, fikir dulu effect dia. Kalau dia bagitau sendiri tu lain la cerita. Don't be an asshole, asshole.

Sabtu, 16 Julai 2011

I like acoustic

Aku ni anti-Justin Bibir untuk pengetahuan korang semua. Hah. Aku semua genre aku layan kalau lagu tu sedap telinga aku mendengarnya. Tak sedap buat apa dengar betul tak?

Tapi my feveret is acoustic live version. Tertakluk kepada yang betul-betul boleh menyanyi, bukan penyanyi yang memanjang guna auto-tune tapi suara live hampehh cam Rebecca Black, eewwww.

Video kat bawah ni yang baru diperkenalkan oleh roomate aku, Beatle influence yo! Band ni The las Shadow Puppets. Buat masa sekarang aku cuma tahu yang si mamat yang menyanyi kat dalam video ni ialah vokalis Artic Monkeys! Atiq dan Artic, nevermind.

Acoustic version yang diorang buat boleh sampai eargasm*. Aku nak belajar main lagu ini kat guitar acoustic aku. Ye lah, memang aku ni newbie dengan gitar-gitar ni. Apa-apa pun, enjoy.




AtiQ : Aku rindu lah dekat darling aku. Lama tak tidur bersama kan darling. Sob.. Sob..

Selasa, 12 Julai 2011

Sepetang di Putrajaya

Isnin yang lalu, classmates buat plan tetiba nak pergi Putrajaya main basikal kat Taman Botani. Aku puasa wei tak larat nak mengayuh! Eheem, bukan puasa ganti ye, sesaje nak diet, eeycehh.

Plan kalau dibuat on the spot memang selalu jadi. Sempat jugalah aku tidur kejap lepas Zuhur tu. Ada juga yang terus terlelap sampai ke lewat petang.

7 orang plan, 5 aje yang pergi. Hey, at least pergi juga walaupun kekurangan 2 ahli untuk menceriakan lagi petang tu. Penat weyh mengayuh naik bukit. Fuhh, tekak hauss.

Bila masa sewaan basikal tu dah habis, apa lagi, baliklah, dok duduk situ bukan dapat air free. Lepas tu kitorang pergi la menunaikan solat Asar di masjid kat area situ.

Mana kitorang pergi? Masjid Besi atau nama lain Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin. Basau gile weyh! Jakun la sikit, maklumlah tak pernah jejak pun kan. Nak cari dewan solat tu ada la sikit susah tapi jumpa juga.


Ahaa, ni lah pintu masuk ke dewan solat tu. Beso habaq hang! Gile jakun aku bila masuk dalam. Hahaha. Tapi masa aku masuk toilet kat situ, manalah aku tau kene tanggalkan selipar. Kena tegur la dengan maintainence kat situ. Maafkan kami abang/pak cik.

Sesudahnya menyelesaikan solat, kitorang pun rush cari tempat berbuka. Wooosh~


Ahad, 10 Julai 2011

Bagi aje lah KL tu kat die.!

Hari ni aku nak bercerita sikit pasal buruk siku ni. Apa tu buruk siku? Adik-beradik dengan kuih batang buruk? Ke siku yg buruk sebab luka banyak kes eksiden merempit? Bukan! Tu satu simpulan bahasa lah.

"mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain"

Ha. Dah tau bukan? Apa nak kita katakan kepada orang spesis macam ni? Menyedihkan bukan? Tak apa lah, dah kalau dia nak balik benda alah tu, nak buat macam mana. Bagi saje lah. Kalau dia tahu malu tak kan dia minta, tapi dah memang celake anak haram tak tahu malu, so be it. Ambil lah.

Memberilah dengan niat yang ikhlas



Tapi kalau iye pun nak minta balik barang yang kau dah bagi tu pun, janganlah guna orang tengah. Bagitau aje lah direct, face-to-face. Bukan ke tak elok bila orang tengah tu tahu, nanti die pun tak nak terima apa-apa dari kau takut kau ungkit lepas tu minta balik kan? kan? Walau kau jadi orang berjaya macam model ke, pramugara ke, tapi kalau perangai macamtaiktak guna juga kan?


*Draft sebelum ni banyak sangat cacian dan makian ayat yang kurang sopan, tak bagus lah kalau ibu ayah aku pun baca bukan?

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.