“Kau tak nak kerja ke kat mana-mana sementara menunggu tawaran?”
“Ada kerja gaji RM1xxx. Nak tak? Ada duit poket juga nanti sikit
sebelum sambung belajar”
“Banyak mana upah kau dapat tolong ayah kau kat carwash tu pun?..”
Ni adalah antara berbanyak-banyak
dialog yang aku terima sepanjang aku duduk kat rumah sahaja tanpa pekerjaan ‘berprestij’.
Sebenarnya aku malu nak minta kerja dengan sijil Diploma aku. Cewahh!
Maafkan aku kerana berlagak
sebegitu. Tapi sebab sebenar yang aku tak nak cari ;
1. Aku nak berbakti pada
kedua-dua ibubapa aku.
Bukan mudah nak dapatkan duit untuk
diberi sedikit setiap minggu kepada anak. Sekarang ni aku sendiri merasai
kesusahan itu semua, sungguh tersentuh hati ku yang naïf selama ini.
Maut ditangan Allah. Bila-bila sahaja
aku atau ibubapa aku boleh diambil ajalnya. Apa salah aku nak membantu mereka
buat masa sekarang ni dari dok tergopoh-gopoh nak cari duit semata-mata nak ada
duit poket sebelum sambung belajar.
Tak boleh hidup kalau takda duit
banyak ke? Mohon belajar hidup dalam keserdehanaan sekarang kerana petrol naik
20sen. Oh hidup diperhambakan dengan kemewahan..
2. Aku dapat jaga ketepatan
waktu solat.
Specialnya kedai cuci kereta ayah aku
ni, betul-betul sebelah surau. Setiap kali masuk waktu Zohor dengan Asar, sudah
tentu apa jadi pun aku terus ke surau dengan berbekalkan dengan niat menjadi
seorang yang ingin pulang ke pangkal jalan (sila terbatuk jika perlu).
Alhamdulillah, sikap punctual solat on-time ni sebenarnya dipupuk oleh senior tempat praktikal aku juga. Semoga dirinya sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt. Terima kasih wahai senior!
Bukanlah nak kata yang aku ni
alim kea pa pun. Saja cuba untuk berubah sebelum diri ni jadi mayat. Waktu tu
dah tak mampu nak berdialog dengan malaikat maut cakap, ‘tolong bagi aku taubat
sekejap sebelum kau cabut nyawa aku.’ Boleh?
Doakan
lah aku agar menjadi seorang yang lebih baik dari hari ni, hidup dengan iman,
mati juga dengan iman, insyaAllah. Mana tahu ada ibu-ibu diluar sana terpana
melihat aku sehingga terpana dan mungkin mereka akan bertanya pada aku, adik mahu menjadi
menantu mak cik? Fuyoh!
p/s: Madam 'Law' pernah berkata, cukuplah apa Allah berikan padaku. Risau terlebih, mungkin disalah gunakan pula rezeki tu ke jalan yang sempit seperti susur belakang lorong Hj Taib.