Jumaat, 13 September 2013

Gaji Beribu-riban

“Kau tak nak kerja ke kat mana-mana sementara menunggu tawaran?”

“Ada kerja gaji RM1xxx. Nak tak? Ada duit poket juga nanti sikit sebelum sambung belajar”

“Banyak mana upah kau dapat tolong ayah kau kat carwash tu pun?..”

                Ni adalah antara berbanyak-banyak dialog yang aku terima sepanjang aku duduk kat rumah sahaja tanpa pekerjaan ‘berprestij’. Sebenarnya aku malu nak minta kerja dengan sijil Diploma aku. Cewahh!

                Maafkan aku kerana berlagak sebegitu. Tapi sebab sebenar yang aku tak nak cari ;


1.       Aku nak berbakti pada kedua-dua ibubapa aku.
Bukan mudah nak dapatkan duit untuk diberi sedikit setiap minggu kepada anak. Sekarang ni aku sendiri merasai kesusahan itu semua, sungguh tersentuh hati ku yang naïf selama ini.

Maut ditangan Allah. Bila-bila sahaja aku atau ibubapa aku boleh diambil ajalnya. Apa salah aku nak membantu mereka buat masa sekarang ni dari dok tergopoh-gopoh nak cari duit semata-mata nak ada duit poket sebelum sambung belajar.

Tak boleh hidup kalau takda duit banyak ke? Mohon belajar hidup dalam keserdehanaan sekarang kerana petrol naik 20sen. Oh hidup diperhambakan dengan kemewahan..

2.       Aku dapat jaga ketepatan waktu solat.
Specialnya kedai cuci kereta ayah aku ni, betul-betul sebelah surau. Setiap kali masuk waktu Zohor dengan Asar, sudah tentu apa jadi pun aku terus ke surau dengan berbekalkan dengan niat menjadi seorang yang ingin pulang ke pangkal jalan (sila terbatuk jika perlu).




Alhamdulillah, sikap punctual solat on-time ni sebenarnya dipupuk oleh senior tempat praktikal aku juga. Semoga dirinya sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt. Terima kasih wahai senior!


                Bukanlah nak kata yang aku ni alim kea pa pun. Saja cuba untuk berubah sebelum diri ni jadi mayat. Waktu tu dah tak mampu nak berdialog dengan malaikat maut cakap, ‘tolong bagi aku taubat sekejap sebelum kau cabut nyawa aku.’ Boleh?


                Doakan lah aku agar menjadi seorang yang lebih baik dari hari ni, hidup dengan iman, mati juga dengan iman, insyaAllah. Mana tahu ada ibu-ibu diluar sana terpana melihat aku sehingga terpana dan mungkin mereka akan bertanya pada aku, adik mahu menjadi menantu mak cik? Fuyoh!


p/s: Madam 'Law' pernah berkata, cukuplah apa Allah berikan padaku. Risau terlebih, mungkin disalah gunakan pula rezeki tu ke jalan yang sempit seperti susur belakang lorong Hj Taib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Identiti

Foto saya
Teratak Sendiri
Seorang budak yang tidak pernah keluar dari 'zon selesa', kini diberi rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Kadang-kadang membahasakan diri sebagai 'kawan' atau 'aku'. Parent-friendly gitu, ada kemungkinan parent juga membaca kisah-kisah 'noob' anaknya.